top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

Movie Review : Wedding Dress


Okay, kebelakangan ni memang tak ada masa nak tengok wayang sebab sibuk menguruskan kerjaya yang semakin memberi cabaran (alasan 1) selain tiada orang teman (alasan 2, walhal selama ni biasa tengok wayang seorang diri) dan juga kelarian budget bulanan untuk pergi menonton wayang (yang sebenarnya!).

Jadi harini kita memberi sedikit ulasan untuk filem korea selatan yang dah menginjak usia lapan tahun. Wedding Dress nama diberi, ya berdasarkan tajuk filem saja kita dah tahu dah filem ni pasal apa kan? Kisah nya pasal seorang ibu tunggal yang juga seorang pereka baju pengantin yang bernama Go-Eun yang tinggal bersama anak perempuannya yang diberi nama So-Ra. Sebelum saya sambung untuk memberi ulasan pasal filem ni, saya nak bagitau kepada semua yang saya menangis sampai hampir diserang sawan ya. Dia punya teresak-esak tu sampai nak terkeluar resdung! Sedih ya amat filem ini. Apa yang buat filem ini begitu menyentuh hati kecil saya ni? Mari kita baca sedikit sinopsis ala format jawapan peperiksaan bahagian komsas saya dibawah. (Awas! sila hentikan bacaan disini kalau nak elok spoiler)

Go-Eun mak kepada So-Ra (kenapa eh ejaan nama korea macam tu?) ni menghidap penyakit kronik yang membawa maut lah. Jadi baki-baki kehidupan Go-Eun ni sangatlah sedikit. Disebabkan dia tahu yang dia hidup tak lama, maka sebagai mak yang prihatin, dia pun buatlah sedaya dia untuk anak perempuan dia. Dia siapkan satu baju untuk So-Ra pakai masa dia kahwin nanti tanpa pengetahuan So-Ra. Walaupun So-Ra nampak mak dia buat baju pengantin, dia cakap dekat So-Ra yang tu baju pelanggan dia. Sampai satu masa keadaan Go-Eun sangat lah kronik sampai dia muntah-muntah rambut gugur semua and kantoi dengan So-Ra.

Okay nak nangis kejap. Tapi sebagai anak yang baik, So-Ra buat-buat tak tahu yang mak dia sakit dan dari situ dia tunaikan hajat mak dia satu-satu. Apa yang mak dia nak dia akan buat tanpa sebarang alasan. Tibalah hari mak dia dah nazak, dia masih nak tunaikan hajat mak dia tapi ajal dah sampai. Go-Eun pun mati. Beberapa tahun kemudian, So-Ra dah dewasa dan bersedia nak kahwin dan kawan mendiang mak dia pun ajak datang ke butik tempat mak dia kerja dulu dan tunjuk kan 'Wedding Dress' yang sempat Go-Eun siapkan sebelum dia tenat dan mati. Masa bahagian ni lah air mata berjujuran macam paip pecah kat kawasan perumahan rakyat.

Habis je tengok cerita ni, muka bengkak habis macam wanita pertama tanah air. Sumpah ni antara filem yang saya akan ulang tayang kalau-kalau bosan hujung minggu tak tau nak buat apa. Jadinya buka filem-filem sedih macam ni dan menangis. Sebab orang cakap menangis tu ubat awet muda bagi mereka yang kencing tak lawas. Jadi filem ini saya bagi 5/5 bintang untuk kesedihan yang meruntun jiwa. Sila tonton dan menangis, kalau tak nangis sila lah ubati hati anda.

P/S: Seriouslah kalau korang tengok tak nangis memang hati korang perlu diubati.

18 views0 comments
bottom of page