top of page
Search
Sherry Wise

ILLUMINAKING : 5 Cerita Hantu Asrama


Siapa yang pernah duduk asrama je lah akan dengar cerita-cerita hantu yang cliché and akan diwariskan kepada junior-junior sampai lah ke entah bila nya kan. Rasanya hantu asrama seantero asean ni nak lebih kurang sama sampai tak tahu dah mana asal usul cerita nya. Semua nak claim hantu tu dari asrama dorang. So ni adalah lima cerita hantu yang paling saya ingat sepanjang duduk asrama dekat sekolah and masa zaman university dekat UiTM Merbok (sebab dekat masa dekat UiTM Shah Alam kena kacau dengan benda lain). Mari kita mulakan dengan kisah seram yang pertama...

1) Hantu 'Budak Sebelah'

Okay yang ni masa first time macam kelakar tapi bila visual imaginasi otak mula berkuasa, baru lah seram ketulang tu masuk. Kisah nya begini, ada seorang budak pemalas nak turun prep so dia menyoroklah dalam dorm dia sambil bergelap sebab tak nak warden or senior tahu dia tak turun. Sambil bergelapan tu, dia pun baca lah komik ke buat apa tah dah lupa. Tengah syok-syok buat aktiviti sendiri, tiba-tiba ada orang ketuk pintu dorm dia. Panik takut warden yang ketuk, dia pun buat-buat senyap dalam bilik menyorok bawah katil. Tapi ketukan pintu tu tak berkesudahan, tiba-tiba ada suara cakap, 'buka pintu' suara dengar macam suara budak so si pemalas yang ponteng prep tu pun sahut lah. 'siapa tu?' budak tu pun jawab, 'budak sebelah'. Pemalas ni tanya lagi 'siapa?' budak tu jawab 'budak sebelah'. So dengan yakin nya si pemalas ni tadi bangun sebab dalam otak dia 'oh budak bilik sebelah pun ponteng prep kot' sekali buka-buka pintu, pemalas ni terkejut sampai demam sebab nampak entity berbadan sebelah je berdiri depan pintu. (okay kelakar kan kalau dengar tapi kalau otak korang hebat menvisualkan keadaan korang akan seram).

2) Hantu 'Gosok Gigi'

Kalau korang sejenis tak pernah gosok gigi, so hantu ni tak relatable dengan korang sebab korang lah hantu (dasar tak menjaga hygiene betul!). Jadi kisahnya begini, untuk cerita hantu ia adalah normal untuk orang buat keputusan untuk buat benda-benda ditengah rembang malam yang hening tanpa sebarang rasa bersalah. Ini berlaku dekat student yang entah mengapakah dimalam hari dah nak masuk pagi pukul 1-2 macam tu, dia berkeputusan untuk mandi. Umum mengetahui bilik air asrama memang berpuaka sebab tu pun dah macam lubuk maksiat if you know what I mean. So dengan keadaan lampu berkedip-kedip macam mata kena ketumbit. Budak ni pun berdiri depan cermin sambil nak gosok gigi. Dalam kesamaran malam tu, dia nampak ada seorang lagi dihujung sinki sedang memberus gigi tapi kepala rapat ke dalam sinki. Budak cetek akal ni pun tanpa sangsi menegur orang tu dengan niat nak berseloroh pasal hantu. Budak tu bertanya, 'pernah dengar tak pasal hantu gosok gigi guna pisau?' sambil gelak sendu dia menanti respon budak lagi sorang tu. Lampu berkedip-kedip lagi and secara perlahan bak rakaman super slowmo Galaxy S9+, budak tu bangun dan menjawab 'hantu tu gosok gigi guna pisau macam ni ke?' Si benak yang mandi malam sorang-sorang tadi tu pun tercengang dan ketakutan berlari keluar dan akhirnya dia jatuh demam.

3) Hantu Pocong

Hantu ni kat mana-mana ada pun tapi yang versi asrama ni dia lain sikit lah. Cerita dia bermula apabila pelajar asrama lelaki bertindak nakal nak prank pelajar asrama perempuan dengan menjadi pocong (okay I can feel this story macam pendek sangat so I'll write some of my inner thought in it untuk bagi dia nampak panjang). Okay setelah berkeputusan untuk siapa yang nak jadi pocong, pelajar lelaki ni dalam berkumpulan pun berdiri dibalik pohon kelapa depan asrama perempuan. Salah seorang pelajar lelaki buat bunyi-bunyi pelik untuk mengumpan pelajar perempuan keluar. Adalah beberapa pelajar perempuan yang berani untuk keluar dan melihat bisikan ablasa apakah yang berkumandang ditengah-tengah malam begini kan. Bila nampak sorang pelajar perempuan keluar, pocong palsu lakonan pelajar lelaki tadi pun beraksi melompat-lompat dibalik pohon kelapa. Panik sambil geletis, pelajar perempuan ni pun pergi mendapatkan kawan-kawan dia yang entah kenapa teruja nak tengok pocong. So ada lah dalam 6-7 orang pelajar perempuan bersidaian dekat balkoni asrama sambil terkinja-kinja menjerit 'ah pocong, ah pocong'. sedang pelajar-pelajar lelaki tadi leka bergelak sebab seronok prank pelajar-pelajar perempuan. tiba-tiba salah sorang perempuan tu jerit 'weh ada dua pocong!' Terdengar jeritan tu, pelajar lelaki tadi semua pun berpaling dan nampak kelibat pocong lagi satu dekat pohon kelapa tempat diorang berkumpul mula-mula tadi. bersikap husnuzon, pelajar lelaki tadi semua tu yakin pocong tu salah seorang kawan mereka yang menyamar tanpa kebenaran. Sorang pelajar bertanya 'weh siapa doh kau?' tanpa jawapan, pocong tadi melompat dan melompat kearah diorang. Tak gentar sehingga lah pocong tu melompat setinggi pohon kelapa. Bertempiaran lah pelajar-pelajar lelaki tu lari ibarat ayam chow kit kena serbu penguatkuasa.

4) Hantu 'Study Malam'

Disyaki hantu ni asal usul nya seorang pelajar pintar sebab dah jadi hantu pun masih study. Apalah yang bermain diminda dia? bukan nya jadi manusia pun kalau belajar bersungguh-sungguhkan? maka cerita dia bermula begini, okay study malam ni bukan lah benda asing sebab ramai je pelajar pintar dengan pelajar feeling pintar serta pelajar last minute suka study lewat malam. Tapi satu perangai yang tak berubah, buat benda sorang-sorang pada waktu malam. Kalau ye pun nak study lewat malam, boleh je study dekat bilik kan? tapi tak jadi cerita hantu lah macam tu. So pelajar pintar ni pun turun ke bilik prep seorang diri untuk study. Masuk-masuk je nampak ada seorang lagi tengah tekun study, dah lah acah pintar lepastu acah peramah pula kan, budak ni pun pergi lah duduk semeja dengan budak yang sedia ada dalam bilik prep tu. Konon nak berkawan lah kan, dua-dua pun senyap tak bertegur. Kata pun nak study bukan nak sesi kaunseling nak bertegur ice breaking bagai. Tengah syok-syok study, maka terjatuh lah pen budak ni tadi ke bawah (tak kan jatuh ke atas pula ye tak?). Membongkok kan badan untuk amik pen dia, dia perasan budak yang duduk depan dia ni tak berkaki. Sikap optimist masih menebal dalam hati berbisik 'mungkin kurang upaya, tapi tak pernah tahu pula ada pelajar kurang upaya kat asrama ni' okay tak sedap hati, budak ni pun berkeputusan untuk naik ke dorm dia. Walaupun masa masuk tadi tak bertegur, entah kenapa nak balik bilik boleh ringan mulut pula nak bercakap 'saya mengantuk lah nak balik bilik dulu tidur' Entiti misteri tadi pun menjawab 'nak tidur ke dah tahu?'

5) Hantu Loceng

Okay cerita yang last ni tak berapa nak relatable sangat sebab I'm that type yang senang tidur kalau tak ada masalah on that day. Hantu loceng ni kisahnya bermula apabila ada orang yang tak boleh tidur malam dan mula lah berfikir benda-benda merepek. Sebab tu saya lebih suka berangan berlakon drama petang-petang ke feeling jadi artis ke apa ke kan. tapi tidak bagi pelajar sorang ni, dia suka lah fikir pasal kejadian-kejadian aneh yang berlaku dalam majalah mastika dengan majalah hidayah. Sedang asyik berfikir, tiba terdengar bunyi loceng. no bukan bunyi loceng ding dong ding dong rumah orang kaya tu, tapi bunyi loceng orang jual ais krim naik motor. Tapi tak lah serancak orang jual ais krim tu irama dia, dia more like kring *senyap 3 saat* kring *senyap 3 saat lagi* dan seterusnya. Musykil akan adanya aney jual ais krim dari bilik kebilik, budak ni memandang tingkap dan terlihat kelibat seorang wanita berjalan diluar. Ketakutan lah dia sebagai manusia normal separa cekal kan, dia pun berselubung dengan selimut dia sambil acah-acah tidur. Tiba-tiba dengar tapak kaki berjalan dalam dorm sambil bunyi loceng berima sama pause 3 saat tu. Bunyi loceng tu semakin menghampiri sambil wanita itu buat bancian dengan nada lembut 'satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur, empat pura-pura tidur ya' berakhirlah kisah tanpa saya ketahui apa yang terjadi dekat pelajar tu. Mungkin kah itu juru banci yang datang untuk kira jumlah penghuni asrama? Tuhan saja yang tahu.

So itu lah antara cerita-cerita hantu yang pernah disampaikan kepada saya semasa berada diasrama dulu. Pernah dengar cerita-cerita diatas?

P/S: Hantu mak cik karipap paling legend tapi tak pernah meniaga pula dia kat asrama saya dulu. Mak cik tang adalah, singkatan untuk mak cik tangga sebab dia meniaga dekat tangga kolej malinja UiTM Merbok.

101 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page