Belum pun nak raya tapi saja lah nak share 5 kuih raya favourite saya. Biarlah baru seminggu puasa pun, ni share supaya korang-korang semua boleh hidangkan kuih ni kalau saya datang beraya nanti. Saya ni jenis kuat makan tapi kalau pergi rumah orang tu and hidangan berat dia tak ada kuah lodeh yang diperkaya dengan tempe, nasfu makan tu kuranglah sikit. So alternativenya, saya makan lah kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandangkan? kata Anuar Zain. Dan posting ini juga bertindak sebagai warning kalau-kalau rumah anda ada kuih-kuih berikut dan limited, sila lah catu sebelum kehadiran saya. Sebab pernah je habis kan kuih-kuih yang tersenarai ni tanpa rasa bersalah, ye lah nama pun raya dan saya berpegang pada nasihat Anuar Zain. Jom lah kita sama-sama seksa mata siang-siang hari ni.
5) Chocolate chip cookies
Kuih mat saleh ni famous kat rumah mak cik saya, kalau pergi mesti ada and saya lah yang licin kan baling kuih yang berisi choc chip cookies ni. Siap minta topup lagi sebab rumah mak cik kan so dia malu-malu kucing je. Mak cik saya punya choc chip sebijik rasa famous amous punya cookies, so kat situ je dah jimat berapa duit kan dari nak beli famous amous RM8 100g? ke berapa harga dia? lama tak beli sebab selalu amik orang punya je.
4) Popia Simpul
Uish kalau yang ni pun singgah air hitam nampak jual dalam plastic kilo tu, beli boleh makan sorang. Ni antara kuih savoury bak kata Gordon Ramsey yang memang favourite. Plus, saya ni kuat makan masin (tu yang darah tinggi tu) and kuih ni dengan hint-hint belacan dia tu, memang sedang untuk dikunyah umpama tiada hari esok. Kuih ni famous belah-belah selatan Tanah air lah, tak tau tempat lain sebab saudara memang dekat selatan Tanah air je pun so tak pernah raya belah utara timur dan barat sangat. Tapi kalau anda pemurah, hadiah lah kat saya satu paket kalau saya datang beraya nanti, tak payah rending ketupat lemang pun tak apa.
3) Semprit
Semprit ni basically butter cookies lah tapi tengok juga yang buat, ada yang sedap ada yang rasa macam kemam tepung gandum je dalam mulut. Lagi satu, kuih semprit ni ada beberapa jenis, ada yang orang panggil semprit dahlia sebab bentuk macam bunga dahlia but my favourite is semprit papan (ye je aku bagi nama kan sebab rupa macam papan). Kuih panjang-panjang ni feeling sikit nak makan sebab boleh gigit sikit-sikit sebab nak tengok cerita best kat rumah orang time tu or anak dia elok kan so nak lama sikit beraya, kunyah lah semprit papan ni bucu ke bucu.
2) Biskut Arab
Ni pun sedap sangat-sangat ni, lagi-lagi yang warna-warni macam baju raya ni. Walaupun sekadar pewarna tapi psikologi saya menegaskan bahawa ia mempunyai rasa masing-masing. Selain masin, saya juga kuat makan benda-benda yang rasa susu or lemak dia kuat. Kira saya sukalah produk-produk tenusu ni sebab bila makan tu rasa disayangi. Tak tau nak explain macam mana tapi tu lah perasaan saya bila makan biskut arab.
1) Cornflakes Madu
Ini jangan bawa main eh, kalau ada jangan sorok sebab ada kemungkinan besar saya akan minta izin pergi tandas dan membuat lencongan ke dapur serta melakukan spot-check untuk melihat jika rumah anda ada menyimpan kuih terlarang ni! Kalau ada kuih ni depan mata saya, jangan lah bercakap dengan saya sebab saya tak ada masa nak dengar semua tu. Kuih ni dah menjadi keutamaan saya dimana jika saya mengabaikan dia, saya akan dihukum karma. Tapi kalau saya suka yang jenis kosong tak ada buah-buahan kering like why letak buah-buahan tu semua? kuih ni tak patut jadi makanan sihat so cancel all those buah. Tapi walaupun anda letakkan buah tu juga, saya tetap akan makan walaupun banyak usaha yang diperlukan dari pihak saya. #TeamCornflakesMadu!
Walaupun yang lima ni favourite saya, tapi tak lah saya mengabaikan kuih yang lain tu. Saya masih makan sebab rezeki jangan ditolak dan masih ingat pasan Anuar Zain? ya makanlah jangan hanya dipandang.
P/S: Cornflakes chocolate tu pun sedap juga tau.