top of page

Health and Beauty : Timotei Precious Oil

  • Sherry Wise
  • Jun 6, 2018
  • 1 min read

Syampu Tsubaki Damage Care haritu dah habis after 3 bulan lebih pakai, so ini bermakna saya kena cari syampu baru. Misi saya menukar syampu is to find the best syampu dengan harga yang berbaloi. Jadi saya mencuba pula rangkain syampu Timotei Precious Oil. Entah asalnya dari mana syampu ni kan sebab bunyi macam belah-belah France.

Katanya syampu ni bebas parabens iaitu satu bahan yang selalu ada dalam syampu yang membahayakan kesihatan dan juga alam sekitar. Jadinya syampu ni ala-ala organic lah macam tu. After almost one week pakai syampu ni, I think ianya sangat berkesan dan wangi. Mungkin sebab saya dah potong rambut kot so rambut-rambut rosak tu dah tak ada, so lepas pakai syampu ni rambut tu rasa lembut sangat. Kalau cium pun sedap lah sebab bau-bau jasmine lemak-lemak kelapa macam tu.

Harga pun tak lah mahal sangat, kira mampu milik juga lah untuk kualiti kan. Saya pun syorkan juga syampu ni bagi mereka yang nak cuba mencari syampu rawatan kerosakan rambut.

P/S: Misi akan berhenti sehingga saya berpuas hati.

Comments


ILLUMINAKING

-Since 2017-

©2017 by illuminaking. Proudly created with Wix.com

bottom of page