top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

Awal Muharram


Selamat tahun baru bagi semua umat Islam tak kira dimana anda berada dan sempena tahun baru ni, mari lah kita sama-sama cuba untuk menjadi diri kita yang terbaik. Banyak yang saya rancang untuk menjadi diri ini yang terbaik untuk semua.

Kita ni hanyalah manusia biasa dan tak pernah lari daripada melakukan dosa. So sempena tahun baru ni, apa kata kita mulakan penghijrahan kita dengan kurangkan perangai suka menilai dosa orang. Okay kan? Sebab dosa sendiri pun tak terkira dah tu kenapa pula nak mengira dosa orang lain?

Kita tak perlu mulakan penghijrahan secara drastik, cukuplah sikit-sikit dan perlahan-lahan. Supaya penghijrahan tu lebih bermakna. Banyak dah tengok orang yang berubah secara drastik and habis separuh jalan. Kita tak nak lah macam tu kan? Kalau boleh biarlah penghijrahan kita tu kekal sampai hujung hayat.

P/S: If you want to make the world a better place, take a look at yourself and make a change.

2 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page