top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

Foodgasm: Naj and Belle Bangsar


Dah lama tak catch up dengan sis kesayangan saya yang sorang ni. Seperti yang diketahui umum, beberapa minggu kebelakangan ni saya telah dilanda depresi so ada lah a few friends yang bertanya khabar including sis sorang ni. Jadi lepas masalah depresi tu dah beransur pulih, saya pun ajak lah dia untuk bersua muka dan cerita kan lebih lanjut penyebab depresi saya tu.

My friends yang kenal saya secara rapat memang tau saya ni jenis don't give a fcuk and can actually tolerate most of the things be it work related, relationships ke apa ke and if I got to the level yang kena serangan depresi, that thing must be big and that is also why close friends akan reach out to me when they see me in that state. Eh tiba pulak bercerita pasal overcoming depression dekat sini, padahal tajuk post pasal makanan. Okay jom bercerita pasal makan dekat Naj and Belle ni!

Actually they have a few outlet and we went to the one yang dekat Bangsar and the down part dekat sini and I think almost everywhere kot is the parking. Parking susah weh nak cari! But once dah sampai, Naj and Belle ni tempat dia sangat cozy and kalau nak sambut birthday kinja-kinja boleh juga lah tak berapa nak malu sangat. Now let's talk about the food here, harga dia quite pricey but I think it is appropriate lah dengan suasana and portion makanan tu.

So kami bertiga order lah menu masing-masing and dalam gambar ni belah atas kiri tu makanan Fatin, dia ordered Iced Mocha and Soft Shell Crab (something2) Linguine. Kiri bawah tu makanan saya, saya ordered Nasi Goreng Ayam Berempah (beserta udang dua ekor, acar sayur,air asam, keropok ikan & telur asin) dengan air Manggo Berry (tersembunyi). Sebelah kanan ni makanan Alif, dia ordered air apa tah tu macam kopi susu tu and Aglio e olio seafood (perlu ke ejaan tu kena google dulu). Nampak macam sikit kan portion dia? tapi makan kenyang alhamdulillah.

Saya dapat lah rasa menu semua orang sebab orang dah pelawa kan. Menu Fatin tu sedap and creamy gila tapi tips dia ialah jangan makan benda tu dengan air bersusu (cepat muak sis). Saya punya menu tu saya makan nasi dah habis tapi lauk tak habis-habis lagi, plus susah (read malas) nak kopek udang tapi sos dia yang dia tuang atas ayam and udang dia sumpah sedap. Air asam pun sedap kot (kalau ada daging bakar lagi sedap ni). Menu Alif pun sedap sebab seafood dia pelbagai. Selalu kalau order Aglio e olio ni asyik kena tipu je sebab dalam menu beriya cakap seafood tapi bila sampai adalah udang kering dua ekor yang kena tengok pakai kanta. But this one seafood dia hampir lengkap carta hidupan laut kalau kita kira sekor-sekor dalam pinggan tu.

My verdict? Suasana saya bagi A+, Menu A, Toilet A (lighting cantik untuk selfie and bersih), Harga A dan Staff dia pun A sebab so friendly and attentive. So sila lah singgah Naj and Belle Bangsar bila dapat gaji next month okay? Kalau nak discount cakap Faiz Faisal recommend and confirm dia bingung dan bertanya siapakah Faiz Faisal yang berani feeling influencer nak cafe bagi discount sempena dia.

Muka-muka kenyang perut senang hati sampai nak senyum pun berat.

P/S: Terlupa nak try dessert dia haritu.

40 views0 comments
bottom of page