top of page
Search
  • Sherry Wise

Foodgasm: Ayam Kicap


Kembali lagi dalam rancangan 'Nak Hidup, Masaklah Sendiri'. Okay semua pun tahu that I've been cooking my own meal since the start of the pandemic. Selepas berkali-kali percubaan dan memasak hari-hari, akhirnya boleh lah berkongsi resepi yang diolah serba sedikit untuk sedapkan dekat tekak sendiri.


Ingat lagi first time masak ayam kicap ni, rasa dia tu ibarat ayam goreng tuang kicap je. Lepastu try pula resepi ayam kicap ala2 tiga budak gemok tu. Tak tau apa yang salah, rasa pahit je tapi syak yang tangkai daun kari tu yang buat pahit. Tapi untuk ayam kicap kali ni, memang menjadi dan sedap (menurut diri sendiri yang multi personaliti ni). Resepi ni kiranya sama je macam tiga budak gemok tu tp ada lah beberapa bahan yang tak diletak atas kekangan wang dan masa.


So bahan-bahan and cara nak masak dia simple je. Jom lah kita cuba masak dari duduk je buat-buat busy konon work from home tu.


Bahan-Bahan (Kisar)


Cili hijau (4 biji)

Cili padi merah (5 biji)

Bawang merah (sebiji)

Bawang putih (seulas)

Halia (seinci)


Bahan-Bahan lain


Ayam (1/2 Kg)

Serbuk kunyit (nak lumur kat ayam tu)

Garam (pun buat lumur kat ayam)

Daun kari (ikut lah banyak mana, haritu buat tak dan kira)

Sos tiram (satu sudu teh? mungkin lebih sikit)

Kicap manis (5 sudu teh? tak sure sebab tuang ikut selera)


Cara-Cara


  1. Goreng ayam dulu pastu dah masak letak tepi.

  2. Tumis daun kari and bila dah naik bau tu letak lah bahan kisar tu.

  3. Tumis semua bahan tadi sampai wangi.

  4. Letak sos tiram dengan kicap pastu kacau sebati.

  5. Kot tak masin lagi, letak lah garam or cukup rasa.

  6. Letak ayam goreng tadi pastu gaul-gaul sebati biar ayam semua bersalut.

  7. Dah siap tu pi lah hidang dengan nasi.

Nampak sedap kan? Memang sedap, so seperti biasa, kalau korang try resepi pastu tak sedap. Sila cuba lagi and pandai-pandai lah main dengan rasa or mungkin korang memang ditakdirkan untuk beli makanan dekat Grab je. Thank you bye!


P/S: Resepi apa lagi nak masak ni?


8 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page