Sejak-sejak dah jumpa geng foodie yang suka explore tempat-tempat makan and buffet-buffet yang menarik ni, rasanya akan keraplah aku mengisi waktu terluang dengan makan. Last Christmas ada pergi Christmas buffet dekat M Resort Hotel, best lah sebab pilihan makanan dia banyak.
So last Sunday me and the gang pergi makan CNY Lunch dekat Double Tree By Hilton Putrajaya. Okay jujur lah eh, makanan dia sedaplah tapi pilihan dia tak banyak sangat and kitorang kena scam sebab tak dapat makan two of the main dishes yang menjadi highlight lunch tu. Dalam iklan ada tulis Chili Crab and Roasted Duck eh, kitorang seminggu sebelum kejadian kecur air liur lah duk terkenang nak melapah chili crab dengan roasted duck secara rakus. Bila tiba hari, eh tak ada pulak bendanya. Emosi lah masing-masing pun sebab kena scam. Bila tanya staffs, semua macam terpinga-pinga tak tahu apa yang dimaksudkan.
Aku masih cuba husnuzon lah eh dan mengemukakan beberapa cadangan bahawa yang tukang book tu mungkin salah tengok menu. Tapi bila tengok balik the ads and menu, memang ada lah chili crab dengan roasted duck tu. Tapi takpelah kan, orang kata bukan rezeki. So kita makan je lah apa yang ada, takkan nak merajuk pulak kan? Benda dah bayar.
Jom kita tengok pilihan makanan yang ada and I'm going to tell you apa yang sedap according to my tekak. Lunch buffet tu dia ada beberapa stations lah, bertemakan Malaysia Masyarakat Majmuk. Maka adalah station makanan seperti Masakan Melayu, Masakan Cina dan Masakan India. Sangat inovatif kan food stations dia. (baru perasan aku tak amik gambar semua stations, so mana yang ada je lah eh aku share)
Sebagai melayu mesti orang expect aku akan terjah malay food station dulu kan? Of course tidak! Sebab aku melayu so aku boleh masak sendiri makanan melayu and aku tak racist, tiba. Tapi serious talk masakan melayu dia tak ons sangat. Satay keras kejung eh, aku hampir PTSD sebab takut termakan lilin berupa satay ke apa ke kan. Pastu adalah nasi-nasi kerabu macam tu. Masakan melayu dia 6/10 lah.
Yang sedap and buat aku roundtrip adalah masakan cina dan india. Weh aku bolot banyak gila tandoori chicken dia. Sumpah sedap berempah and juicy. Lepastu masakan cina dia adalah dimsum-dimsum, sedap juga and aku ambik banyak jugak. Lepastu ada sayur-sayur cina tu yang masak dengan oyster sauce tu. Pun tambah banyak kali juga.
Pastu pilihan pencuci mulut dia pun menarik, banyak lah kuih-kuih tradisi kita macam bingka ubi, bahulu, seri puteri dan scones with jam. Semua sedap-sedap! Ada juga dessert viral, jelly ball tu ha, dia letak lah satu piring hiasan tu 3 biji jelly balls. Pastu ada Sagu Melon, dia macam menarik tapi ada parutan melon tu yang masih muda kot, so dia ada pahit sikit.
Overall the food sedaplah cuma ada bahagian-bahagian yang macam questionable sikit. Contohnya kenapa aircond dia sepoi-sepoi bahasa? Tak rasa eh aircond dalam tempat tertutup macam tu. Pulak aku ni feeling-feeling pakai blazer pakai kononnya lunch dekat hotel berprestij. Hampir hilang akal eh kepanasan. Lepastu pulak kenapa dia letak semua bahan gado-gado dalam peti ais? habis sejuk gado-gado aku, nak kunyah tempeh dengan kuah kacang pun hampir brain freeze. Adakah ini cara dia balance kan keadaan yang panas? Maybe nak letak taugeh dalam peti ais tu faham lah eh, yang lain tu boleh letak luar kot?
Last sekali tak lupa juga nak ucapkan terima kasih dekat band yang performed sepanjang masa kitorang makan dekat situ. Akak yang nyanyi tu ibarat 3 in 1 ya, satu lagi tu kau boleh dengar 3 artis menyanyi. Awal lagu macam shiha zikir, masuk tengah sikit ada sayup-sayup noryn aziz, eh tiba last suara dia jadi ning baizura. Tak ke magic macam tu? Kira berbaloi lah eh bayar buffet dapat tengok magic show kan.
Anyway tu saja untuk review makan buffet untuk kali ini. InsyaAllah kalau ada jodoh berpanjangan me and the gang akan pergi serbu buffet ramadhan pulak. Bye!
Commentaires