Bulan lepaskan aku pergi buat tour dekat pantai timur with Feyy. Lepas hantar mak dekat rumah my sister, the next day tu kitorang drove up to Kota Bharu sebab nak makan-makan. At first nak makan dekat Baan Suwarin tapi si gemuk lapar ni tak breakfast apa lagi sebab kedai dia buka pukul 4pm, plus hati dah remuk sebab beratur nak beli slushie viral dekat pasar khadijah tu, bila sampai turn kitorang je pak cik tu cakap dah habis.
Berpusing-pusing lah tak tau nak makan apa, dah lah masing-masing tak berapa cekap jalan dekat KB tu. Walaupun pernah stay KB for 3 months, tapi jalan dalam bandar tu dah banyak jadi one way so bertambah pening lah. Dah pusing-pusing tak tau nak makan apa, nampak lah kedai Ikan Bekok, lupa dah nama kedai. Tapi kedai ni ramai artis datang makan (menurut gambar-gambar yang ditampal). So kitorang pun yakin bahawa kedai ni sedap.
Actually it is my first time dengar nama Ikan Bekok ni and from the name of it, I think maksud hidangan ni is Ikan Bengkak? Kot lah eh kita tak sure. So we ordered 2 ekor plus sayur masak lemak and gulai telur itik. Of course sambal tempoyak tak tinggal bersama sedikit ulaman. Nampak simple je kan hidangan tapi sedap gila and rasa macam nak order lagi. Tapi masa kitorang sampai pun lauk banyak dah habis.
Nak cakap dia punya sedap tu, sampai harini teringin nak Ikan Bekok ni. Tapi tak tau lah kalau dekat Klang Valley ni ada kedai yang jual. Kita ni memang gemuk kuat makan tapi nak mencari tempat makan tu tak reti sangat. Memang harap recommendation dari orang je lah. Anyway, kalau you guys tahu dekat mana ada jual Ikan Bekok ni. Let me know okay!
P/S: Nanti nak buat food tour lagi tapi belah utara pulak!
Comments