Memang rajin dah memasak lately and sebelum ni jarang nak masak ikan sebab ikan mahal lah dekat tengah-tengah bandar ni, kalau duduk tepi laut ye lah murah kot or kalau mama Julia Purnama mai jual kat KL ni boleh lah pi beli. So memang menu selalunya ayam je lah. Tapi Aeon dekat area rumah ni suka buat sale ikan siakap, tak tau kenapa dalam banyak-banyak jenis ikan, siakap yang dia suka nak jual murah. Jadi dapatlah makan ikan sekali sekala, dah lah sekor siakap ni RM6 je.
Awal tahun lepas masa mula-mula pandemic tu adalah beli ikan siakap tapi sombong dan bongkak masa beli tu, tak nak minta orang tu siangkan siap-siap. Pastu dekat rumah kelam-kabut nak buang sisik dengan menyiang. Okay kali dah bijak sikit, suruh orang Aeon tu potong siap-siap. Jadi dapatlah masak Siakap Goreng Ala Thai. Nak buat 3 rasa or sweet sour tak cukup bahan.
Bahan-bahan resipi ni senang and tak banyak pun, yang kena ada:
Bawang merah (sebiji)
Bawang putih (seulas)
Cili padi merah (5 biji)
Cili padi hijau (5 biji)
halia (seinci)
Sos cili thai (3 sudu besar)
Ikan siakap (beli kat Aeon RM6 time promo)
Serbuk kunyit
Garam
Tu je bahan-bahan, mudah bukan? Cara nak masak pun senang jugak.
First lumur lah ikan tu dengan serbuk kunyit and garam pastu goreng sampai garing.
Lepas tu alih lebihan minyak goreng ikan tadi tu, agak-agak cukup untuk menumis.
Tumis pula bawang merah, bawang putih, cili-cili and halia tu. Semua bahan ni racik halus tau.
Dah wangi tu, masuk lah sos cili thai 3 sudu besar, kalau nak berkuah sikit, letak air.
Dah siap tu tuang atas ikan. Siap untuk dimakan.
Nah nak belanja hasil tangan yang tak seberapa ni. Orang yang makan cakap sedap. So sedap lah kan.
Sila slide ke kanan ya untuk lihat hasil nya.
Oh lupa kalau nak tambah bell pepper pun boleh, saja lah letak sayur banyak-banyak sebab memang suka makan sayur sejak-sejak berusia ni.
P/S: Lepasni nak try masak daging kicap.
Bình luận