top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

Throwback Thursday: Ponteng Sekolah


kids heading to school

Bila nak cerita pasal ponteng sekolah ni memang dari kecik akal dah panjang memikir alasan tak nak pergi sekolah. Masa kecik selalunya alasan demam lah, punyalah berlakon tak larat tu sebab tak nak sekolah kan. But I remembered my first ever alasan malas nak pergi sekolah which was kena tinggal bas.


Masa tu stay dekat Setiawangsa and my school was in Jalan Damai so memang kena naik bas lah sebab arwah ayah keluar kerja pagi sebab nak avoid jam. Kalau naik dengan arwah ayah memang sampai sekolah awal pagi gelap lagi. So ada masa memang naik bas. But as usual, bila tak siap kerja sekolah mestilah kita tak nak pergi sekolah kan? So I was thinking nak cakap apa dekat mak nak bagitau dia yang kita ni tak nak pergi sekolah. Fikir punya fikir sampai lah mak dah drop dekat tempat tunggu bas tu with other kids, my mom pun naik rumah balik.


So masa tengah tunggu bas tu, berfikir punya berfikir lagi finally dapat satu idea. I told the kids yang I sakit perut so I need to go back up and I told them cakap dengan bas tu tak payah tunggu because I'll ask my dad to drive me to school. So I went back up and sorok my school back dekat bawah tangga.


Sampai rumah je my mom tanya kenapa naik balik? I told her nak buang air and dah I already told the kids to ask the bas to wait sebab I nak buang air sekejap je. My mom pun macam okay lah whatever lah kan. Lepas dah settle tu, I pun buat-buat lah turun ke tempat tunggu bas tadi kononnya and obviously bas dah berlalu kan sebab I asked the kids to tell the bas not to wait. Memang gembira lah hati ini and I naik balik rumah and told my mom the bas didn't wait for me and the kid threw my back in the longkang.


Then my mom macam nak amuk tanya budak mana satu. I was like "oh damn, mati lah nanti my mom nak pergi serang budak tu". I said tak tahu mana satu sebab kan ramai tunggu bawah tu, tak tahu siapa yang lempar bag Faiz dalam longkang. Then my mom pun cakap dia nak call teksi suruh hantar I pergi sekolah, muka I pucat sebab nak kena pergi sekolah juga ke ni? Dah lah kerja sekolah tak siap.


Lepas tu my mom macam kelam kabut nak bersiap bagai but ended up dia pun malas nak hantar I pergi sekolah. My dad balik later that day and my mom said Faiz tak pergi sekolah sebab budak-budak dekat bustop tu sorok bag sekolah and dia tertinggal bas. Surprisingly, my dad was so calm and dia cakap tak apa, lepas ni ayah je hantar pergi sekolah.


Maka selepas itu, tak dapat lah nak repeat excuse yang sama sebab arwah ayah dah start hantarkan pergi sekolah.

3 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page