top of page
Search
  • King Marc

ILLUMINAKING : Top 5 Horror Movies


Saya ni bukan lah jenis penakut so bila tengok cerita seram kat wayang tu saya banyak terhibur tengok orang lain ketakutan berbanding enjoying the movie. Tapi 5 horror movies dibawah ni (tak lah seram sangat) memberi sedikit sebanyak lah rasa ngeri bila bersendirian dekat rumah tu. But being me yang suka berangan, I approved all these movies untuk buat rakan imaginasi dikala sugul. Mari kita mulakan ditangga kelima.

5) Ringu (1998)

Kalau korang belum pernah tengok the original 'The Ring' or Ringu, you guys better go and watch it! The iconic scene si Sadako merangkak keluar TV dengan keadaan jari tak ada kuku tu sangat memberi impak kepada dunia perfileman. But usually filem seram Jepun ni memang slow sikit tapi dia punya scene seram tu bukan macam scene seram filem hantu Hollywood yang bermain sound effects je lebih. Filem ni dia punya feel je dah seram tak payah music kuat-kuat nak bagi orang terkejut. So kisah ringkas filem ni is about young girl named Sadako who went on a rampage and kill whoever in a week after they watched an old video tape.

4) Ju On (2002)

I don't know but the Hollywood remake doesn't seem to have the essence of the original movie at all. This horror movie from Japan memang buat saya jadi sedikit paranoid kalau duduk rumah sorang-sorang. Ye lah kan, kita ni kalau takut duduk rumah sorang-sorang mesti nak nyorok dalam bilik bawah selimut. Tapi dalam bilik bawah selimut lah si hantu Kayako ni muncul dan menculik mangsa. To me this movie really did tackled human punya common reflect bila ketakutan. Other than scene hantu dalam selimut, ada juga scene yang buat orang paranoid nak mandi where tangan Kayako ni tiba-tiba gatal nak tolong syampu kan rambut kita. Pernah lah dulu mandi siap berpusing-pusing dalam toilet sebab takut ada benda dekat belakang. But know I bring along my phone pasang lagu buat konsert. But one time dulu pernah terkeluar ringtone suara Kayako sakit tekak masa mandi. Hampir panic lari keluar tanpa seurat benang. Tapi I still don't understand why is Kayako so angry, padahal yang bunuh dia suami dia and tak pasal-pasal orang lain mati sebab dendam dia.

3) Evil Dead (1981)

I don't remember where I watched this movie but I remember I was a little boy back then (ye lah cerita ni 10 years before I was born kot). Tapi sumpah eh hantu dalam movie ni seram gila and I think it's the scariest ever during that time. I can't forget the scene masa the first girl yang kena rasuk tu cucuk buku lali dia dengan pensel. Lepastu one of the iconic scene dia was masa that girl kena kurung dalam basement and she was peeping through the door. Tapi bila tengok balik cerita ni today, rasa kelakar pulak sebab kan special effects dia sangat lah kartun. But in 2013 ada remake Evil Dead but as gory as it was, feeling seram dia tu tak berapa sampai macam the original Evil Dead. Plus Evil Dead ni yang first je best, masuk sequel-sequel dia semua dah merepek.

2) Long Khong (2008)

This is not actually a ghost movie but it is more of a gory movie with ghost on the side. Unlike the Hollywood version of gory movies like SAW, Hostel, Final Destination and what not. This gory movie is somehow relatable sebab dekat Malaysia pun main lah ilmu-ilmu hitam macam ni. So rasa tu lebih dekat dihati. Dia punya scene dalam movie ni memang buat segala bulu dekat badan ni berdiri sampai nak tercabut sebab ngeri tu. Seksaan yang ditunjukkan sangat realistik eh, kadang-kadang tu ngilu sampai ke tulang. lagi-lagi scene jahit mata orang ke mulut orang tah. Adoi geli tulang bila teringat.

1) Sundel Bolong (1981)

Gila tau movie legend ni. Starting-starting movie je dah terpampang muka Suzzanna Sundel Bolong. I dont know why lah kan, remake cerita-cerita hantu 80's ni tak seseram the original. I think they did have a remake on this one but the feel of the movie tu tak sampai. Tapi kalau korang tengok semua cerita Suzzanna yang lain, even the special effect agak sedih tapi feel cerita tu memang rasa. But out of all her horror movie, I think Sundel Bolong ni really put her on the map lah. Scene main piano lepas dah kebumi, scene beli sate is one of the most talked about scene up till this day. Siapa-siapa yang tak kenal Suzzanna tu pergi lah kedai video cari cerita-cerita lama dia. Jangan download, nanti hantu dia masuk PC korang.

P/S: Hantu asia je seram nak mampus. So apa filem horror favorite korang?

23 views0 comments
bottom of page