top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

Throwback: Iftar's Deadly Dessert


Kalau puasa masa arwah ayah ada dulu, mesti dia akan bawa kitorang berbuka puasa makan buffet at least sekali. Masa duduk KL dulu selalu juga lah makan dekat hotel apa tah dekat Bukit Bintang tu. Plus as I said previously, kalau bawa saya makan buffet memang berbaloi sebab I'll finish whatever food sebab saya dilahirkan untuk tak membazirkan makanan. Bazir duit beli benda tak perlu tu selalu lah but I don't play around with food.

Disebabkan dah macam tradisi berbuka kitorang satu family, so masa kitorang stay dekat Batu Pahat dulu. Ayah bawa kitorang berbuka dekat hotel apa tah depan Giant sebelah Summit tu. It was all fun and what not, saya makan semua benda yang terhidang dekat atas meja buffet tu. Dah kenyang tu I went for the dessert and sumpah pilihan dia pelbagai juga but my eyes tertarik dengan this one 'dessert' yang Nampak cantik macam jeli and so colourful. Tapi Nampak macam limited sebab ada 4 je atas meja tu, sebabkan rasa tamak haloba yang ada dalam diri I took 3 cups and bawa pergi meja. I finished 2 of the 'dessert' while another cup tu my sister makan. I habiskan that thing but my sister ate satu sudu je.

(Sekadar gambar hiasan tapi benda tu Nampak macam ni lah)

Masa makan tu, I noticed that the 'dessert' tasted a bit weird. Actually tak ada rasa pun lah cuba ada hint-hint rasa buah but weird. Usually kalau tak sedap saya tak akan makan sampai habis tapi sebab ayah dah pesan kalau amik makanan kena habiskan. But hati still rasa tak puas hati sebab 'dessert' secantik tu tapi tak ada rasa, so saya pun godek-godek cawan 'dessert' tu and I noticed something. saya jumpa sumbu untuk menyalakan api. Masa tu saya rasa macam blur-blur sikit tak sure apa yang berlaku then I asked my mom, 'mak ni apa eh ni?' then she said 'eh Faiz makan lilin ke?' lepastu I went back to that place and berpusing-pusing meja buffet and I noticed yang 'dessert' tadi tu memang diletakkan 4 cups disetiap sudut meja dan hanya cawan dekat tempat saya amik mula-mula tadi tu je yang berusik. The other cups masih ditempat masing-masing.

(Kalau dah ni rupa lilin, tak ke budak tamak haloba macam saya yang sedia keliru ni bertambah keliru?)

Benda dah jadi kan so tak boleh nak buat apa lah. Esoknya sakit perut pergi klinik dan disahkan keracunan dan masa tu rasa macam nak putus nyawa sangat dah sebab cirit-birit sampai keluar air. Dehydrated tahap kronik dan tak berpuasa untuk hamper 2 minggu. Sebenarnya seminggu tu dah okay tapi mengada tu lebih, so extend another week. My sister pula Alhamdulillah tak mengalami komplikasi sebab dia makan sesudu je. So dapat tak pengajaran kalau tak tahu silalah bertanya dan kurangkan rasa tamak haloba dalam diri tu. kan Tuhan dah bagi balasan cash sebab masa tu memang dalam hati niat nak amik banyak-banyak sebab tak nak orang lain makan.

Sekian lah satu kisah yang tiap kali puasa je, my family akan bercerita pasal tragedy 'Faiz makan lilin'.

P/S: Boleh saman kan hotel tu patutnya?

11 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page