Top 5 Favorites: Raya 2019 Advertisement Edition
- Faiz Faisal
- Jun 6, 2019
- 2 min read
So lately ni dah semakin banyak syarikat-syarikat berlumba-lumba nak buat iklan raya. Kalau dulu Petronas je yang dikenali dengan iklan-iklan raya yang menusuk kalbu dan kreatif. Tahun ni hampir semua syarikat atau organisasi yang berbajet besar turun padang dan menjamu kita semua dengan iklan raya yang menghiburkan. So berikut adalah my 5 personal favorite raya ads untuk tahun 2019.
5) Ragam Isteri Beraya! (Jakel)
Saya suka iklan yang light & fun macam ni. Story line dia memang yang berlaku dalam kehidupan seharian. Lagi-lagi scene teman isteri beli baju raya tu. I think every husbands, brothers & sons can relate to that.
4) Kuih Bangkit (Malam Filem)
Rasanya ini iklan raya paling mind-blown. Tak pernah lagi saya tengok iklan raya seram macam ni. Plus dia punya plot twist diakhir iklan pun buat saya wow! Not sure if this iklan ada keluar dekat TV but I found out pun through Twitter. Alah dah zaman-zaman social media ni, tak keluar TV pun boleh famous kan.
3) Seribu Erti Kesyukuran (CIMB)
Mak mana yang tak nak tengok anak gembira kan? Lagi-lagi time hari raya, dia tengok anak orang lain cantik pakai baju raya baru and the feeling of not being able to provide for your loved ones tu memang sedih. I can totally relate to this but instead of sedih nangis, saya punya sedih tu more to geram. So bersyukur lah apa ada nya. Kalau bukan disini rezeki kita, insyaAllah disana nanti Allah akan berikan yang selayaknya.
2) Konvoi Epik Fantastik! (TNB)
Ini best! Tapi ni zaman saya kecik-kecik dulu ada lah buat. Zaman arwah ayah masih ada, kitorang sekeluarga akan konvoi pergi raya rumah saudara-mara dekat Negeri Sembilan, Johor, KL and kalau ada rezeki lebih, ziarah lah juga saudara-mara dekat Singapura tu. Tapi sekarang ni jarang dah sebab adik-beradik semua dah kahwin and raya selalu tak cukup.
1) Rendang Soraya (Petronas)
Petronas ni kalau tak sedih tak sah iklan raya dia. Pulak tahun ni cakap Nismilan, lagi la ghaso nak nangih tu melobih-lobih. Basically iklan yang cliche jalan cerita dia tapi the feeling tu sangat lah dekat dihati. Lagi-lagi bila involve mak kan? Sebab mak lah yang masak untuk kita, mak lah siapkan kita pagi-pagi nak pergi sekolah. So siapa je tak sayang mak, even kadang-kadang tu terkasar bahasa. Tapi mak tu tiada penggantinya.
So apa iklan raya favorite korang? share-share lah dengan saya.
P/S: Ya ampun lauk-pauk hari raya ni mengundang!
Comments