top of page

Bersangka Baik

Writer: Faiz Faisal
Faiz Faisal
1 day ago
3 min read

Bersangka Baik Dengan Allah: Kenapa Hikmah Di Sebalik Kehilangan Itu Selalu Ada


Pernah tak korang lalu satu fasa dalam hidup di mana korang kehilangan sesuatu yang korang sayang sangat-sangat, rasa macam dunia nak runtuh, tapi bila korang look back beberapa bulan atau tahun kemudian... baru korang sedar: "Oh, rupa-rupanya sebab ni Allah ambil benda tu dari aku."


That is the beauty of bersangka baik dengan Allah (husnuzzon).


Bila kita sentiasa tengok balik semua benda yang pernah berlaku dalam hidup kita in a positive light, ia sangat membantu kita untuk navigate kehidupan seharian dengan hati yang jauh lebih tenang. Today, I want to share a personal story about a loss that broke my heart during COVID, but eventually showed me how Allah was actually easing my path forward.

Kehilangan Kucing Kesayangan Masa PKP


Masa zaman PKP beberapa tahun lepas, hidup kita semua agak lonely dan memenatkan. Masa tu, my sister ada peluang untuk travel ke KL atas urusan penting, so I ambil peluang tu untuk minta dia bawakan kucing I sekali.


I’ve been watching him grow up through WhatsApp photos and videos je, so bila akhirnya dapat duduk sekali dengan dia kat KL, I was beyond happy. At least ada peneman dalam rumah masa zaman berkurung tu.


Fast forward a few months, I kena pindah keluar sebab dapat kerja baru and contract sewa rumah lama pun dah nak habis. Tapi beberapa minggu sebelum pindah... disaster struck. Kucing I jatuh dari tingkat 14 and died.


I was completely devastated. Sebelum dia jatuh tu, I dah siap beli banyak treats and mainan baru untuk spend time dengan dia. Siap ambil extra leave sebab nak main dengan dia. Yelah, sebelum tu I busy kerja dan dia banyak spent masa dalam sangkar je. Rasa ralat dan sedih tu hanya Tuhan je yang tahu.

Detik "Clicked": Bila Hikmah Mula Nampak


Masa tu, nak process loss tu memang sangat susah. Tapi bila I look back, baru I perasan betapa tersusunnya perancangan Allah.


Masa nak pindah tu, zaman COVID kan, gaji I pun kena catu-catu. Nak cari rumah sewa baru yang affordable tanpa deposit mahal memang tersangat susah. Tapi ajaibnya, I jumpa satu rumah (my current place) yang bukan sahaja murah dan strategic, tapi langsung tak minta deposit! Boleh terus masuk berbekalkan sewa bulan pertama sahaja.


Tapi ada satu syarat: Tempat tu tak boleh bela pet.


Bila I baca je clause tu, terus clicked dalam kepala I.


Bukannya I bersyukur kucing I mati, no! Tapi I nampak jawapan kenapa Allah ambil kucing I beberapa minggu sebelum tu. Kalau kucing I masih ada masa tu, imagine betapa berteraburnya I nak kena rehome dia dalam keadaan terdesak, atau mungkin I masih bergelut merata tempat tak jumpa rumah sewa sebab terikat dengan syarat pet tu.


Allah hilangkan sesuatu dari I sebab Dia nak mudahkan jalan kehidupan I yang seterusnya.

Mindset Baru: Redha & Tak Pegang Lama Rasa Sedih


Sejak dari peristiwa tu, cara I tengok bad events atau kehilangan dalam hidup berubah 360 darjah.


Every time I lose something tak kisah lah barang, peluang, atau recently bila I hilang kerja, I dah tak pegang rasa sedih tu lama-lama. Bila benda buruk berlaku, I terus latih diri I untuk sebut Alhamdulillah dan bersangka baik.


I bertenang sebab I yakin: bila Allah ambil sesuatu dari kita, Allah is easing our transition to the next phase in life. Allah akan ganti balik dengan sesuatu yang jauh lebih baik.


Risau pasal bills dan masa depan tu normallah sebagai manusia, tapi I excited nak tengok apa pulak takdir baik yang Allah dah susun untuk I lepas ni.

Look Back & Count The Wisdom


Kalau korang tengah lalui fasa kehilangan atau rasa jalan hidup korang tengah berlubang-lubang sekarang, cuba pandang balik ke belakang. Tengok balik ujian-ujian lepas yang korang pernah went through. Korang akan nampak corak bagaimana setiap "kehilangan" itu sebenarnya jalan untuk memulakan sesuatu yang baru.


Kita bersangka baik dengan Allah, dan yakin sesuatu yang baik sedang mendatang.


How about you guys? Pernah rasa benda yang sama di mana korang baru nampak hikmah besar di sebalik kehilangan korang lepas beberapa ketika? Share lah cerita korang kat ruangan komen!

Comments


ILLUMINAKING

-Since 2017-

©2017 by illuminaking. Proudly created with Wix.com

bottom of page