Monday Topic: It Ends With Us

Ending the Cycle of Horrible Bosses Starts With Us: Pengajaran Dari 10 Tahun Bekerja
Kita selalu dengar ayat ni: "Ending a toxic cycle starts with us."
Memang kedengaran agak cliche and honestly, it is much easier said than done. Tapi I betul-betul berharap, tak kisah siapa pun kita sekarang, kita mampu jadi generasi yang ends this negative cycles.
Salah satu kitaran toksik paling klasik yang I nak share hari ni ialah: 'Horrible Bosses'.
Rasanya hampir semua orang yang pernah masuk alam pekerjaan mesti pernah jumpa sekurang-kurangnya satu (atau beberapa!) bos yang sangat teruk. Apa ciri-ciri bos yang teruk ni? Bad leadership, kuat mengarah tanpa arah tuju, clueless dengan kerja sendiri, suka memalukan staf depan orang ramai, dan macam-macam lagi perangai yang buat orang rasa nak hantar surat resign setiap pagi Isnin.
Pengalaman Peribadi & "Benchmark" Bos Terbaik I
Dalam perjalanan kerjaya I sendiri, I pun dah beberapa kali berdepan dengan bos-bos toksik macam ni.
Tapi dalam banyak-banyak pengalaman tu, ada satu nama yang I akan ingat sampai bila-bila: Emylia Liyana. Dia merupakan bos I pada awal-awal tahun I mula bekerja dulu.
She was firm, dan dia memang tahu apa yang dia nak. Tapi yang paling membezakan dia dengan bos-bos lain ialah: she genuinely wanted to see me do well and excel.
Masa mula-mula kerja bawah dia, jujurnya I ada rasa sikit upset sebab rasa macam ada je benda yang dia nak tegur. Standard lah bila kita baru nak belajar, kan? Tapi cara dia tegur tu buat I hormat dia sampai hari ni:
Dia sentiasa tegur secara private (empat mata): Tak pernah sekali pun dia jatuhkan air muka I depan team lain.
Teguran yang membina, bukan teguran kosong: Dia tak pernah biar I terkapai-kapai. Dia akan tunjukkan terus mana bahagian yang salah, apa cara yang betul, dan apa yang perlu diperbaiki.
Bagi kita yang newbie masa tu, pendekatan macam ni sangat membantu sebab kita terus faham dan cepat belajar.
Personally, I paling tak minat bila ada bos yang suka main teka-teki, jenis yang suruh kita "fikir sendiri mana salah kita". I mean, kalau kita dah tahu benda tu salah, takkanlah kita sengaja nak buat salah semata-mata nak kena marah? I don't have a humiliation kink, so memang tak masuk akal kalau orang sengaja buat silap semata-mata nak dengar bos tengking!
Menguruskan Team Sendiri: Menghargai Kekuatan Individu
Sekarang, dah masuk 10 tahun I dalam industri, dan Emylia Liyana kekal menjadi benchmark utama I bila bab team management.
Beberapa tahun lepas, I pernah diberi peluang untuk menguruskan satu pasukan kecil yang terdiri daripada 4 members. Alhamdulillah, di penghujung tempoh tu, team I cakap I berjaya jalankan tugas sebagai ketua dengan baik.
Rahsia I? I sangat percaya pada konsep individualiti, setiap orang ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Daripada memaksa keempat-empat orang tu buat benda yang sama dan mengharapkan hasil yang serupa, I ambil masa untuk kenal pasti kekuatan setiap seorang dan agihkan tugas mengikut kemahiran mereka:
Yang lebih kuat di bahagian kreatif dan visual, I beri ruang untuk dia lead bahagian konsep dan rekaan.
Yang lebih teliti dengan data, nombor, atau copywriting, I letakkan dia di bahagian perancangan dan penulisan.
Bila kita letakkan orang yang betul di tempat yang betul, kerja bukan sahaja jadi lebih lancar, malah mereka pun rasa dihargai.
Tinggalkan Ego Di Luar Pintu Pejabat
Kitaran horrible bosses dan toxic managers ni wajib berhenti pada generasi kita. I nak generasi kita menjadi perubahan positif yang sangat diperlukan dalam persekitaran kerja hari ni.
Satu pesanan penting yang I selalu ingatkan diri sendiri: Just because you are the boss, doesn't mean you know everything.
Kalau team members kita tegur atau betulkan kesilapan kita dengan cara yang hormat, terimalah dengan hati yang terbuka. Menjadi ketua yang baik bermaksud kita kena sanggup tinggalkan ego kita di luar pintu pejabat.
Dengan segala pengalaman dan pengajaran dari 10 tahun bekerja ni, I sangat berharap agar pada masa akan datang, I mampu terus menjadi seorang pemimpin yang baik, adil, dan memberi inspirasi to my team.
Korang pulak macam mana? Pernah tak jumpa bos yang jadi role model korang sampai sekarang, atau korang tengah hadap bos yang toksik? Share lah pengalaman korang kat ruangan komen!
Comments