top of page
Search
Sherry Wise

Foodgasm: Daging Salai Tempurung


Kalau sebelum-sebelum ni saya banyak featured new menu or limited menu yang ada dekat fast food chain or some fancy menu yang boleh makan sekali setahun, this time I want to share something that I cooked myself.


Harini nak share menu Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Lauk yang boleh diibaratkan staple food in Negri Sembilan. Kiro eh kalau tak do lah masak lomak kek ateh mejo, tak lalu nak makan. Macam tu lah lebih kurang. So for those yang follow my Instgram, I did share the recipe there on my IG story. For me, untuk first time nak cuba masak tu of course akan tengok resipi but kali ke seterusnya tu, usually I tweak a bit here and there sebab nak sedapkan ikut tekak. I'm not really going to share the recipe here (maybe in future in a video format) but today I'm going to highlight the Daging Salai yang digunakan untuk buat Masak Lemak Cili Api.


Okay, for this recipe, I'm using this smoked beef yang diberi nama Daging Salai Tempurung. Obviously it got it's name from the process of menyalai daging tu menggunakan bara tempurung kelapa. Kan? Ke saya memandai je? Whatever it is, daging ni sumpah sedap and bau salai dia tu sangat mengiurkan ya, even dah masak pun bau salai tu kuat lagi and melekat dekat tangan. Kiranya lepas makan pun boleh lepas rindu cium-cium bau daging salai dekat tangan.


I've cooked 2 dishes using this daging so far and basically dua-dua pun lauk yang sama cuma beza bahan yang digunakan. First lauk yang I cooked was Daging Salai Masak Lemak Cili Api obviously. Memang sedap (apo puji lauk sendiri?) tapi first try tu pedas nak mati sebab I put 20 tangkai? ke biji? cili api. Menangis juga lah nak makan especially untuk orang terengganu. But belajar dari kesilapan itu, kali kedua masak guna dalam 10 tangkai/biji (bagi options pilih sendiri mana yang betul) baru lah sedap nak makan.

(Nampak tak cili padi yang berleluasa tu? Pedih jugalah masa buang air besar)


The second dish was Spaghetti Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Like I said, it's the menu tapi ada bahan yang ditukar and cara hidang pun lain. For this one, I substitute the santan with cream. So kuah dia tu jadi pekat sikit ala-ala carbonara lah macam tu. Ni pun sedap juga and boleh buat menu open house.

(Orang Nismilan feeling, ni rasa pedas tu masih ada tapi lebih creamy!)


Okay so you guys want to try the daging salai? 12.12 dah nak dekat kan? and ada promosi for Daging Salai Tempurung! You guys can buy the daging dengan harga berpatutan, sedangkan tak ada sales pun harga dah berpatutan, ni pula ada sales, berpatut-patutan lah jadi harga dia. You guys can click on this link: Daging Salai Tempurung untuk beli daging salai tersebut. Kalau nak beli extra pastu minta post to me pun boleh, seller dia baik suka layan request customer.


(Gambar recyle dari IG story je, daging yang dibalut rapi kualiti terjamin!)


That's all for today, jumpa lagi next week for more delicious food reviews/recipes and whatever lah yang sangkut paut dengan makanan.


P/S: Obses dengan Sagu Gula Melaka now.


13 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page