top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

Foodgasm: Kingu Kongu


Japanese Food

Selepas kena scam dengan buffet hotel and dalam hari yang sama me and Feyy pergi cari makanan yang lebih menyelerakan. Seperti biasa kita ni generasi TikTok kan so whatever people posted on TikTok mesti kita cuba maka dengan itu kitorang pun pergi lah ke Kingu Kongu aka King Kong.


Kingu Kongu Store Front

Masa sampai tu I was impressed with rupa kedai dia sebab macam those sushi place dekat Japan kan and interior dia pun sangat simple with King Kong punya merchandise. Menu dia pelbagai juga lah but we ordered Sotong Bakar, California Roll, Zoru Soba for Feyy, Japanese Curry Don for me, and Edamame.


Japanese Food

To be honest, makanan dia semua sedap but nothing out of this world lah. I think the tarikan is the harga kot. Tak silap boleh tahan murah lah harga for portions yang macam ni kan. To some mungkin besar portion dia but for someone like me, portion dia cukup makan lah sebab I remember still having some spaces left for another food or desserts.


All in all, suasana kedai dia I'll give 9/5, service pun 9/5 sebab quite laju juga even ramai orang masa tu. Food pun 9/5 juga sebab sedap and kena dengan tekak. Nanti jangan ada pulak eh melayu terpaling Japanese-food nak serang cakap rasa dia tak aunthentic ke apa. Dik kau makan dekat Malaysia Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit tau bukan dekat Tokyo Japan eh. So bahagian-bahagaian debat rasa authentic Jepun ni kau boleh pergi bincang dengan kawan Jepun kau.


So adakah saya akan kembali untuk makan disini? For sure and you guys should try too!

4 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page