top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

December Highlight : Kuala Terengganu X Kota Bharu


So last week dapatlah cuti lama sikit. Jumaat pagi bertolak from Kuala Lumpur to Kuala Terengganu, I drove for 4 hours sebab tengok jam bertolak pukul 1 p.m and around 5 p.m dah sampai. Selalu pergi terengganu sebab my sister lives there and seafood sana murah and sedap. My sister punya rumah betul-betul menghadap Pantai Batu Burok and boleh jalan kaki je nak pergi pantai. That's why lah rajin juga pergi sana sebab dapat tengok pantai. Dah sampai tu tak ada lah aktiviti sangat sebab kaki dah lembik macam spaghetti akibat drive macam Lewis Hamilton, maka berehat je lah sampai esoknya.

Sabtu, bangun awal pagi and lepas subuh terus drive pergi Kota Bharu. Mak nak cari toto sebab ada orang kirim. Plus my sister selalu beli beras dekat sana sebab murah katanya, satu guni besar RM 75. Murah lah kot kan? And dekat Kota Bharu kitorang singgah tempat wajib which is Pasar Siti Khadijah and dekat sini satu je yang aku cari, Ice Cream Pulut! Tak sangka pak cik yang sama still jual ice cream tu depat surau Pasar Siti Khadijah tu. This ice cream is a must whenever pergi Kota Bharu sebab tempat lain buat tak sama. Haritu beli kat Kampung Baru, dia letak betul-betul ice cream dengan pulut je and harga RM2. Kalau kat Kota Bharu, segala macam benda dia letak and harga RM3 je. Trip ni balik hari je, dah la kaki spaghetti belum nak keras sebab drive from KL to KT hari sebelumnya. Ni pula sambung drive KT>KB>KT. Hampir luluh isi dari tulang kaki drive lama-lama. On the way balik tu singgah lah tepi Pantai Setiu ke apa tah kan, makan celup-celup tepung sambil menikmati pemandangan laut bergelora yang bila-bila masa je boleh menelan pantai.

Ahad, I woke up at 12 pm and tak ikut pergi Pasar Payang sebab betul-betul dah separuh nyawa. But about 3 pm I started my journey back to KL. Masuk LPT sebab senang lah ikut highway kan but I'm that kind of driver yang drive tak tengok keadaan tangki minyak. Sedar-sedar je dah blinking, tapi sepanjang R&R dekat LPT tak ada gas station. Terpaksa lah exit Kertih cari gas station yang sign dia tulis lagi 21KM. Hampir menangis juga lah but thank God ada satu sign kecil tulis Petronas lagi 7KM but dalam Felda. Masuk Felda sign tu dah tak ada, bertanya lah budak-budak kat situ. The journey back macam-macam hal. Hujan lebat gila plus perut lapar so stop dekat R&R Genting Sempah dinner dulu. Nak masuk highway balik tiba-tiba jam pula. Ikut lah jalan Genting lama yang tembus dekat Gombak tu. Along the turun bukit berpusing-pusing tu nampak ada orang berdiri dengan basikal dia menghadap gaung. Dalam hati dah berangan jadi watak utama Kem 505 dah, sebabkan ada penumpang yang masih kecil dalam kereta. So saya batalkan niat nak menegur. Dah sampai KL ingat kan dah lah kan, no! sambung perjalanan ke Rembau. Sampai Rembau tukar driver dengan my brother, sebab nak drive to Batu Pahat pula. On Monday morning baru drive back to Rembau from Batu Pahat and back to PJ.

And that is how I spent my Christmas weekend dimana most of the time I spent it atas jalan raya. Itu lah baru betul-betul berjalan time cuti kan. How's your Christmas weekend?

P/S: Tiba-tiba rasa mual dan fobia bila nak kena drive sekarang.

10 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page