Hi hari Ahad penuh gemilang harini saya bertugas pada Negara. Kidxy (tempat kerja saya) dan MRCB mengadakan Bazar amal dan juga science workshop yang bertemakan " I'm a little scientist". Saya kalau ada event-event macam ni memang akan jadi orang first yang volunteer untuk tolong sebab saya suka melayan budak-budak plus dari habiskan duit buat aktiviti tak berfaedah dihujung minggu. Event tadi bermula dari pukul 2 petang sampai 8 malam dan seperti biasa, aktiviti-aktiviti dekat event harini semuanya laku.
Untuk event kali ni, saya ditugaskan untuk menjaga kaunter pendaftaran dan juga memancing belon-belon helium yang terlepas and tersangkut dekat siling. Jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil masa event tadi.
Ni lah suasana time aktiviti berlangsung.
Koleksi gambar berangan.
Antara aktiviti-aktiviti yang tersedia.
Lepas ni kalau ada aktiviti macam ni lagi, semua jemput lah dating tau. Register je dekat kidxy.com kalau nak tahu aktiviti-aktiviti akan datang! Jangan lupa follow Kidxy dekat Instagram and Facebook juga! Byeee!
P/S: Next week ada event dekat KSL show gallery Shah Alam. Jom?