top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

Throwback: Raya Dengan Ayah


Jumaat ni dah nak raya dah and this year dah lima tahun beraya tanpa ayah. Sekejap je rasa masa tu berlalu, usually dah nak dekat raya ni I'm looking forward to packing my stuff and balik lah rumah saudara-mara dekat mana-mana dalam Malaysia ni. Ayah memang suka long drive and so am I, but bezanya is that ayah can drive long distance sambil patuh had laju tapi saya tak boleh, saya kalau drive slow saya mengantuk. Sebab tu 2 kali kena AES kalau drive pergi belah utara.

Another memory beraya dengan ayah is pergi ziarah saudara-mara lah. Kalau tak tidur rumah diorang pun, pagi raya lepas kitorang satu family dah habis salam-salam tu, ayah akan drive us around pergi rumah-rumah saudara. What I adore about him is that, tak kisah lah kan orang buat dia macam mana pun, tahu je lah saudara-mara ni kadang-kadang perangai macam mana kan? Ayah mesti pergi juga ziarah diorang walaupun diorang tu susah sekali nak ziarah kitorang. Yang paling sedih was masa ayah dah tak sihat dulu, tak payah kira berapa yang dating ziarah ayah sebab tak ada pun. But ayah still dalam tak sihat tu nak juga pergi tengok-tengok saudara-mara. Itu lah antara sifat dia yang I wish I have but maybe later in life kot. Sebab sekarang ni, walaupun saya jenis tak express my feelings as much, saya tetap simpan dalam hati.

How I wish my dad is still here with us. Tak habis belajar lagi dengan ayah macam mana nak hidup bersaudara. Apa-apa pun, I really hope that this raya semuanya akan okay and semoga Allah merapatkan hubungan kami saudara-mara.

Selamat hari raya maaf zahir batin , nak raya dengan ayah lagi...

26 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page