top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

The Last Day of Ramadan 2018


Dah pun masuk hari terakhir bulan Ramadan bagi tahun 2018 (kalau esok tak raya kena post balik entri ni). Alhamdulillah tahun ni masih diberi kesempatan untuk berpuasa selama sebulan dan dapat muhasabah diri dan juga melihat dunia dari perspektif baru. Tak ada benda lain selain nak mendapatkan keredhaan Tuhan sepanjang Ramadan ni dan semoga Tuhan menerima semua amalan kita dan semoga kita dapat teruskan segala kebaikan yang kita lakukan sepanjang Ramadan ini.

Dalam pada kita sibuk nak siap beraya, jangan lah lupa pada yang tidak bernasib baik seperti saudara-saudara kita yang berada ditempat-tempat konflik dan juga yang berada dekat dengan kita. Bagi saya yang masih dikurniakan rezeki ni, tak dapat saya nak merasai kesusahan secara mendalam dan fahami kesusahan yang dialami mereka yang kurang bernasib baik kerana dihujung berpuasa saya masih mampu berbuka dengan juadah dari bazar atau masakan emak. Hujung berpuasa saya masih mampu berteduh didalam rumah, keluar membeli kelengkapan raya dan macam-macam lagi. Sedangkan ada yang berpuasa terus menerus tanpa ada juadah untuk berbuka atau tempat untuk berteduh. Jadi berpuasa ni ibaratnya hanyalah sekelumit kepayahan yang dirasai mereka yang tidak bernasib baik. Sama-samalah kita doakan mereka yang kurang didunia ini akan mendapat rahmat dan kemewahan yang teramat sangat disana nanti atas ketabahan mereka menjalani ujian Tuhan. Setidaknya doa kita itulah yang nanti akan membantu mereka jika kita tidak mampu membantu dari segi material atau masa InsyaAllah.

Bagi yang nak pulang ke kampong, semoga selamat sampai ke destinasi dan kepada yang telah kehilangan orang yang tersayang, ingat lah mereka dan doa-doakan lah kesejahteraan mereka.

Semoga kita semua diberi peluang lagi untuk bertemu Ramadan pada tahun akan datang. InsyaAllah.

P/S: Marilah bermaaf-maafan dibulan yang mulia ini.

10 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page