top of page
Search
  • Writer's pictureFaiz Faisal

#METRaya2018


Harini dah masuk isnin maka berakhir sudahlah cuti raya saya bagi edisi 2018. Dengan itu berakhir jugalah MET Raya 2018 yang berlangsung dari 1 syawal hingga 3 syawal setiap tahun. Last year saya sempat lah buat 3 pasang baju untuk 3 hari berhari raya but this year sebab jahit sendiri (partly) so tak sempat nak buat 3 pasang. Potong kain dah lama dah tapi nak menyambung kain-kain tu yang tak ada masa sebab busy dengan kerja but thankfully kedai jahit tu cakap dia boleh tolong kemaskan jahitan.

So I started with cutting my own fabric sebab usually kedai ni susah nak ikut tekak kita jadi saya berkeputusan untuk potong and jahit the baju and seluar before hantar upah jahit tepi and what not. This year banyak beli kain dekat Spotlight, even though kain dia mahal nak mampus tapi semua cantik-cantik and tak ramai orang pakai. Itu yang paling penting sebab kita kalau boleh tak nak Nampak macam keluar dari kilang yang sama kan?

Untuk first day of my annual MET Raya, saya pakai baju teluk belanga berwarna pink (kain from Jakel) and seluar wide leg (Kain pelikat arwah ayah). Seluar tu I just ikut outline from one of my Uniqlo wide leg pants. The seluar I buat from scratch and sendirian berhad sebab masa ni ada masa banyak sikit. While the top saya potong kain sendiri (salah potong sebenarnya and jadi sempit gila baju) and hantar upah jahit tepi.

For day 2, I bought both top and bottom punya fabric dekat Spotlight and the top punya kain sumpah best gila sebab dia macam stretchy cotton so selesa pakai and bila gemuk time makan rending pun baju tu able to stretch and berubah mengikut bentuk badan kita. Both top and bottom saya potong sendiri and jahit light-light dan sebab tak reti buat poket, so kena lah hantar ke kedai minta tolong buatkan poket untuk seluar tu.

Untuk Day 3 tak buat pun baju so beli lah dekat kedai, I always wanted to buy/make this shirt but mostly design tak menepati citarasa but this one masa Nampak-Nampak tu je hati dah berbisik dah. Pegang letak pegang letak sampai 5-6 kali. Keluar pergi outlet lagi satu masuk pegang lagi lepastu try and keluar pergi outlet lain sampai yang kali ketiga tu beli juga sebab I know that this shirt was made for me.

Dah puas lah raya tahun ni kan, tunggu tahun depan pula kalau panjang umur. Raya korang macam mana?

P/S: If I were to mass produce all the baju ada buyer ke?

11 views0 comments
bottom of page