Bila dengar tu macam tak logik kan? but when you really think about, it actually make sense! I learnt this from my boss last Friday. Working with her has been nothing but inspirational. I've been dealing with lady boss from my first working experience and none of them did as good and chill as my current boss. Mana nak cari boss yang bahasa kan diri dia 'Sis' bila bagi arahan kerja dekat kita? So far dalam setiap meeting, there are things yang dia cakap akan buat dia nampak macam typical boss yang suka nagging but when you listen closely, you akan nampak the message.
So last Friday, kitorang ada meeting on quarterly report for 2018 quarter 2. Habis je meeting, kitorang stay back for awhile untuk dengar feedback dari dia untuk our team. Yes the marketing team! Most of us are fresh and pengalaman kerja tu tak banyak and kalau ada pun tak sehebat pengalaman kerja dengan start up company where you need to know everything dalam company tu and there are many hats you need to wear masa bekerja. For example, saya bahagian content marketing but saya juga kena tolong developers untuk buat testing on our website, kena tolong business development and customer service kadang-kadang.
Jadi banyak benda yang kita kena buat dalam satu-satu masa. Apa yang boss saya ajar is to plan. How? plan your life backwards. Sekali dengar mesti rasa macam 'motif aku kena plan secara terbalik? adakah aku akan kembali ke tahun gajah?' no it's not like that! Planning backwards bermaksud you set your end goal bila and plan everything backwards and see realistik ke tak tarikh end goal tu? Selalunya kerja kita akan jadi cincai and tak meet deadline sebab kita selalu set end goal dalam masa yang tidak realistik.
Contoh situasi, siapkan baju raya tahun 2019. Kita dah tahu dah raya will be around bulan May. Kita kira-kira satu baju selalu boleh siap berapa hari based on design kan? kalau satu baju yang design simple ambil masa sebulan nak siap (sebab jahit sendiri and belajar from youtube kan) and you want to make 3 set? situ je dah 3 bulan. Design rumit pula ambil masa 2 bulan nak siap, teringin pula nak buat 2 baju berdesign rumit. 4 bulan masa diperlukan untuk buat 2 baju raya berdesign rumit. Design simple 3 bulan + design rumit 4 bulan. Baju raya aidilfitri mulia 2019 saya akan memakan masa selama 7 bulan untuk siap. Kalau saya tak plan backwards, saya akan fikir oh bulan depan boleh siap ni.
Namun setelah saya tahu kerja planning secara backwards, saya akan tolak bulan 5 2019 dengan 7 bulan nak siapkan 5 baju tu maka sekurang-kurangnya bulan October 2018 saya dah kena mula menjahit. Tambah pula the possibilities diantara bulan October 2018 ke May 2019 tu saya terlibat dengan aktiviti-aktiviti tempat kerja? mesti dah makan masa saya nak siapkan baju raya kan? So saya kena pertimbangkan sebarang kemungkinan di dunia ini. Dengan itu, saya setuju untuk memberi at least 2 months buffer time. Jadi saya kena mula menjahit pada bulan August 2018, so bila ada benda-benda ad hoc in between August 2018 to May 2019 tu, saya masih ada ruang yang selesa untuk siapkan baju raya.
Jadi itulah dia cara bagaimana untuk plan your life backwards. Sentiasa kena ada buffer time (tak sure istilah lain dia apa) untuk beri ruang menambahbaik hasil kerja. Sentiasa set tarikh end goal yang realistic. Respect your time and also others! My boss sangat tekankan yang ini, dia cakap penting untuk hormat masa sebab masa is the only thing yang you tak boleh ganti balik. So plan backwards and macam contoh yang saya bagi diatas tadi tu, dengan 2 bulan buffer time sebelum saya siapkan baju raya, dengan buffer time tu saya boleh perkemaskan jahitan baju raya saya dan juga keluar dating dengan yang tercinta pada tarikh-tarikh yang bersesuaian. So kita dah siap dah plan hari-hari penting dalam hidup sendiri supaya orang lain pun boleh hormati masa kita.
Saya harap dengan saya memanjangkan perkongsian boss saya ni kepada khalayak umum, dapat lah kita mendapat manfaat dalam menjadikan diri kita lebih baik untuk sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Juga yang paling penting sekali ialah menjadi hambaNya yang berguna.
P/S: I will definitely share anything from my boss next time! Share yang elok-elok sahaja lah tau.