top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

September Highlight: Welcome Home Mak!


Setelah sebulan lebih and finally on 17th September 2018 my mom selamat sampai dekat KLIA from Madinah. Selesai lah rukun Islam kelima mak dan semoga semua ibadah mak dekat sana diterima, InsyaAllah. Saya tak dapat ikut jemput mak dekat airport sebab penat buang segala sampah dekat rumah sebelum mak balik. Tapi macam biasa lah, mak tu nampak je barang-barang dia dekat luar rumah, terus dia angkut balik bawa masuk.

Seperti biasa juga, kalau balik from middle east mesti lah beli buah-buah sunnah, jubah dan segala benda berkaitan unta. Mak tak terkecuali and she bought me this see-through jubah. It's actually a white jubah but the kain is so white that it become see-through. I'm not complaining sebab I love anything see-through but jubah? Dia macam sexy tapi suci.

Sampai-sampai je Malaysia, malam tu terus nak makan kedai siam sebab dah lama tak makan masakan Malaysia. Kita ni ingat nak suruh mak masak tapi tak sampai hati pula lah kan, touch down je terus request sambal tempe. So bawa je lah pergi makan kedai siam.

Tapi sampai sekarang ni geram sebab tak dapat nak kemas rumah kat kampung tu betul-betul. Nanti satu hari saya balik Rembau tu nanti saya roger semua orang berdekatan yang nak pinggan mangkuk, perkakas dapur ke baju ke, sila lah datang rumah. Banyak sangat benda-benda tu dekat rumah dan tak berpakai and mengumpul habuk je.

P/S: Mak dah balik ni memang tak ada chance lah nak kosong kan barang-barang dekat rumah.

9 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page