top of page
Search
Sherry Wise

Salam Maulidur Rasul & Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia


Salam Maulidur Rasul dan Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia! Harini public holiday so dapat lah rehat dekat rumah (walaupun cuti since sabtu sampai today). As I said previously, this month dia punya kelam kabut tu lain macam sampai habis semua benda tergendala.

So back to our topic for today, Maulidur Rasul dan Hari Kanak-Kanak. Sedang elok pulak dua sambutan yang penting ni jatuh pada hari yang sama. Teringatlah masa sekolah dulu ustazah ada cerita tentang sifat Rasulullah terhadap kanak-kanak. Masa tu dengar ustazah cerita tersenyum sorang-sorang sebab membayangkan betapa sayangnya Baginda Rasulullah terhadap kanak-kanak dan betapa lembutnya layanan Baginda. Pernah berlaku dimana Baginda solat sambil mendakap Umamah Binti Zainab dan meletakkan bayi tersebut disebelah ketika Baginda sujud dan diangkat semula ketika Baginda berdiri.

Banyak lagi contoh layanan Baginda terhadap kanak-kanak yang tak mungkin kita sebagai umat Baginda mampu untuk melakukan yang sama. Sempena hari kanak-kanak ni, kita kena tengok balik macam mana cara kita melayan anak-anak kecil dan kita juga kena tahu bahawa cara kita mendidik anak-anak kita suatu hari nanti akan mencerminkan peribadi mereka bila mereka dah besar. Risau dengan kejadian yang menimpa anak-anak kecil seperti dera, rogol, culik, bunuh. Kadang tu terfikir kenapa sipelaku tergamak buat macam tu dekat kanak-kanak? Mungkin salah pendidikan sewaktu membesar? atau bagaimana?

Anak-anak kecil ni senang untuk mengikut apa yang mereka nampak. Baik yang dilihat, baik lah yang diikut. Buruk yang dilihat, buruk lah yang diikut. Jadi kita tak boleh nak salahkan anak-anak kalau sebagai penjaga mereka, kita dah gagal untuk mendidik. Ya biarkan mereka bermain tapi ada batasnya, biarkan mereka berdikari tapi biar kena dengan usianya. Manakan pula anak yang baru berusia 7 tahun disuruhnya pergi berjalan kaki seorang diri ke kedai. Jangan pula anak bermain harta benda orang sampai punah dengan alasan dia masih kecil dan ingin bermain. Pasu bunga kristal bukan lah permainan kanak-kanak. Tegur anak-anak bila perlu dan tegur lah dengan kasih sayang bukan nya amarah.

Saya ni pun anak tak ada yang ada anak-anak buah je. Saya ni pun bukan jenis penyabar and kalau tanya anak-anak buah tu mesti lah dorang ada cakap ucu dia ni garang tapi saya cuba lah untuk jadi lebih penyabar dengan kanak-kanak. Sebab orang yang tak ada kasih sayang untuk yang lain, maka mereka tidak akan disayangi.

Sekian, sekali lagi Salam Maulidur Rasul dan Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia.

P/S: Macam best kan kalau ada anak?

10 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page