top of page

Qada Solat

Writer: Faiz Faisal
Faiz Faisal
4 days ago
3 min read

Hutang Solat Bertimbun? Ini Formula Qada Solat Selepas Subuh Yang Ubah My Life


Alhamdulillah, hari ni I nak cerita sikit pasal satu perjalanan rohani yang agak personal tapi I rasa tersangat penting untuk di-share: my journey of menggantikan balik solat-solat fardhu yang pernah terlepas.


As humans, kadang-kadang ada fasa dalam hidup kita di mana kita terleka, sibuk, atau kurang berdisiplin. Bila kenang balik, rasa bersalah tu memang ada. But instead of just feeling guilty endlessly, I decided to take action and start paying off my "prayer debts."


Tak silap I, masuk tahun 2024 I dah mula start untuk track solat I secara konsisten. I guna features dalam app MuslimPro untuk rekod solat-solat yang I terlepas. Guna apa-apa cara pun tak apa, notes ke, reminder ke, janji ada rekod. Bila kita boleh nampak progress kita beranjak dari hari ke hari, percaya cakap I, rasa semangat tu lain macam!


My main target was to qada semua solat yang I pernah terlepas pada tahun 2025, and alhamdulillah... I actually did it! Tapi nak sampai ke tahap konsisten tu, I lalu beberapa fasa trial-and-error dulu.

Trial 1: Formula "Ekstra 1 Solat Setiap Waktu" (Yang Tak Berapa Menjadi)


Masa mula-mula start, I guna cara paling popular yang ramai orang syorkan: setiap kali lepas solat fardhu, terus sambung solat ekstra 1 waktu untuk qada.


Contohnya lepas solat Zuhur fardhu, terus buat solat Zuhur qada.


Sounded great on paper, tapi bila buat secara praktikal... it was so hard to maintain, terutamanya pada hari bekerja (weekdays). Masa kat office, lunch break kita terhad. Bila kena ambil masa ekstra kat surau, lunch break jadi makin pendek. Lepas tu timbul rasa tak selesa bila orang office mula tertanya-tanya kenapa kita hilang lama sangat dari meja.


Lama-kelamaan, bila rasa leceh tu mengatasi semangat, I mula rasa malas dan terbengkalai sekejap niat nak qada solat ni. I knew I needed a better routine that fit my lifestyle.

The Breakthrough: Routine Peaceful Morning & Formula 30 Minit


Masuk awal tahun ni, I jumpa satu "formula" baru yang menukar terus gameplan I.


I ni jenis early riser, memang biasa bangun awal pagi. Normally lepas solat Subuh, masa tu agak tenang dan lapang. Kalau tak ada benda nak buat, I biasanya akan ended up scroll YouTube atau breakfast kalau tak puasa sunat.


Then one morning, it hit me. Kenapa I tak manfaatkan waktu tenang Subuh ni untuk settle-kan terus hutang solat I?


I terus decided untuk qada 4 waktu solat serentak right after Subuh!


Formula ringkas dia macam ni:


  1. Selesai solat fardhu Subuh & doa ringkas.


  2. Terus sambung solat qada: Zuhur ➔ Asar ➔ Maghrib ➔ Isya'.


  3. Total time needed? Cuma sekitar 30 minit sahaja!


  4. Untuk waktu Subuh yang terlepas pula, I akan qada selepas solat Isya' fardhu pada sebelah malam hari yang sama.


Imagine this: Sebelum I keluar pergi kerja pun, I dah berjaya bayar penuh 1 hari hutang solat I yang lepas! Bila sampai office, I boleh solat fardhu macam biasa je tanpa perlu pening kepala fikir nak ganti solat time kerja atau risau lunch break terganggu.

Consistency is Key: Teruskan Sampai Selesai


Alhamdulillah, berkat guna formula 30 minit lepas Subuh ni, I berjaya langsaikan semua qada solat I untuk tahun lepas!


It felt like a huge weight lifted off my shoulders. I plan untuk teruskan formula ni secara konsisten untuk terus menggantikan mana-mana solat yang pernah terabai dulu, sampai lah semuanya selesai sepenuhnya.


To all my friends yang tengah simpan niat nak ganti balik solat-solat yang pernah terlepas: start today!


Tak kisah lah korang nak guna apps, buku nota, atau Whiteboard, yang penting track dulu progress korang. Cari waktu yang paling peaceful dalam rutin harian korang yang tak gangu urusan kerja. Bila korang nampak angka hutang solat tu makin berkurangan, the feeling of relief and satisfaction is unmatched.


InsyaAllah, semoga usaha kecil kita untuk cara qada solat terlepas ni diterima oleh Allah SWT dan semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat-Nya.


Korang ada cara atau formula sendiri tak untuk ganti solat? Share lah kat ruangan komen!

Comments


ILLUMINAKING

-Since 2017-

©2017 by illuminaking. Proudly created with Wix.com

bottom of page