top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

Wedding Bells Are Ringing!


Semalam je ada dua wedding kena pergi, first wedding kawan masa kerja 11Street dulu and second one is my mom punya cousin punya anak (haa macam tu lah). Saya ni kalau kawan-kawan yang baik jemput datang kenduri ni susah nak bagi alasan untuk tak datang lagi-lagi yang jemput personal. Kalau setakat jemput dekat Facebook tu kena fikir jugak lah banyak kali nak pergi ke tak (usually fikir sekali je sebab otak ni ni malas nak berfikir). Biarlah jauh pun lokasi tu and kalau awak dah jemput saya secara personal, InsyaAllah saya sampai.

(tak sempat bergambar dengan pengantin sebab rushing :(, tapi pengantin cantik lah)

Yang kahwin 2hb semalam is Yana. Dia ni masa dekat 11Street dulu tak berkawan sangat pun, tegur pun bila masing-masing dah nak resign and berkerja untuk minggu-minggu terakhir. Tapi sembang macam dah kawan dari sekolah. Sungguh pun dia gadis yang berangan nak kahwin dengan lelaki Korea tapi lelaki melayu ni tetap dihati. Sedap tau lauk kenduri and cendol tu tambah dua kali and doorgift pula dapat mee sanggul kot ke apa tah nama makanan tradisi tu. Pengantin pun cantik dihari majlis dia! Princess Yana sekarang dah jadi Queen of Batu Pahat!

Wedding kedua ni dekat Melaka and yang kahwin tu kira macam dua pupu (is there such word/term?) saya lah sebab ayah pengantin is my mom's cousin. Biasa lah bila pergi kenduri saudara-mara ni soalan-soalan seperti 'Nasi minyak Faiz bila?' 'Datang dengan mak je? Menantu mak mana?' Respon tipikal is my fake laugh and look away. Masa dekat wedding ni dah tak larat nak makan sebab kenyang gila tapi lauk-lauk tipikal kenduri kahwin lah.

By the way, tahniah kepada semua yang dah mendirikan rumah tangga and semoga kekal ke Jannah.

P/S: Semoga dapat anak soleh dan doakan kami-kami yang lain ni juga.

6 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page