top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

Throwback: Genting Highland The Reboot


Naik genting ni dah tah keberapa kali tah but this time the story behind the journey agak kelakar, geram dan seram. Kenapa kelakar? Plan asal naik genting was on Saturday lepas habis kenduri kawan Fatin and dalam mode penjimatan konon tak nak bayar tol plus nak menikmati keindahan alam and nak bagi beruk-beruk hutan makan, kami pun memutuskan untuk ikut jalan lama untuk ke Genting. Punyalah lama nak sampai dekat kaki gunung tu so almost 30 minutes tembuslah dekat kawasan rehat Janda Baik tu. Ada orang yang konon-konon hebat bab-bab jalan ni pun memberi arahan untuk keluar ikut highway ke arah Kuala Lumpur sebab dalam otak dia mungkin ada susur masuk ke Genting. Tapi hampa sebab tiada susur masuk so buta-buta je lah drive ikut jalan lama tu for 30 minutes and terus turun balik.

So esoknya baru lah naik balik Genting and sesak dia seperti tiada hari esok. Lepastu teringin nak naik cable car so park lah dekat GPO tu and beratur lagi nk beli tiket naik cable car macam orang buat haji. Ramai nya lah orang musim cuti sekolah kan. Seperti biasa, saya ni bukanlah takut tinggi so seronok bila naik cable car dengan si Fatin yang takut tinggi tu.Sampai atas tu terus jalan-jalan makan angin (literally) tangkap gambar sikit and sign up jadi member Genting (so lepas ni boleh naik Genting selalu sebab nak kumpul points). Masa dekat atas tu best sebab sejuk and berkabus ala-ala sonata musim salju.

(Pelancong tempatan yang sarat mengandung)

Since Theme Park yang terbengkalai tu tak tau bila nya nak siap. The only thing to do up there ialah shopping (macam dekat darat tak ada mall kan) and suasana sejuk yang boleh buat kita feeling-feeling oversea. Mujur indoor theme park dia dah buka and rides dia pun macam fun-fair dekat kajang tu. Dah lah satu ride RM10. Baik kumpul RM10 untuk 5 hari dapat masuk Time Square and naik roller-coaster sampai kurus.

(Feeling itu penting)

Itu je lah yang kitorang buat pun naik Genting, banyak habis masa pusing-pusing atas tu and berangan je lah. Maybe next time naik pun sekadar nak shopping dekat GPO je kot sebab nak buat apa je atas tu selagi Theme Park tak siap kan?

P/S: Lepas ni nak short trip ke mana pula?

37 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page