top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

ILLUMINAKING X F&F Take Bangkok Part 1


F&F merupakan penjenamaan semula Persatuan Perempuan Perkasa (PPP) yang ditubuhkan pada tahun 2009 setelah kegagalan bekas president Puan Rita R. PPP diberi nama baru iaitu F&F atau nama penuhnya Fresh & Floral oleh president barunya iaitu Sherry G (nama yang terinspirasi oleh penyembur udara Glade yang berada disebelah Sherry sewaktu pemilihan nama baru persatuan).

Setelah berada dibawah tampuk pimpinan yang baru, F&F terus rancak merancang masa depan persatuan dengan inisiatif pertama president iaitu lawatan ke Bali. Malang sekali Rita R yang masih terkesan dengan peralihan kuasa tidak mengikuti lawatan tersebut. Tahun ini, president Sherry sekali memulakan inisiatif untuk mengumpulkan ahli F&F untuk menakluki asia tenggara dengan membuat lawatan ke Bangkok. Untuk edisi kali ini, Rita R turut serta mengikuti Maria O dan Sofea R.

Lawatan kami bermula dengan berkumpul di KLIA2 seawal jam 4 pagi sebab flight kami pukul 6.40 pagi. Sebelum naik flight mesti lah ada sesi bergambar sebagai kenangan. Even awal pagi pun, F&F tak pernah lemau sebab disaat bertentang mata je, terus semua cerca mencerca sesama sendiri.

(Gambar wajib sebelum berlepas)

It took us 2 hours or so before we finally reached Bangkok for the first time together! I tell you bukan senang nak berkumpul sebenarnya even dekat Malaysia pun jarang jumpa since Sofea in Penang, Rita in Melaka, Maria in Shah Alam and Sherry somewhere between Ampang and Rembau. Inikan pula nak bersua dekat Bangkok kan? Of course lah it felt like a dream for all of us.

So after landed dekat Don Mueng ke apa tah nama airport tu, kitorang pun naik bas to our Air BnB dekat area Lat Phrao. Sedikit backstory masa dekat airport, Sherry duduk sebelah seorang gadis kekwat yang tak nak bagi pinjam pen so tak dapat lah nak isi borang imigresen tu and dah landed pula dekat airport tu pun tak ada pen. Lepastu masing-masing macam orang separa siuman lah mencari pen. Thank God jumpa. Okay back to our journey, sampai rumah tu around 10 something kot, check in suppossedly at 2 pm tapi syukur Mr Suchart tu dah siapkan rumah awal so boleh check in awal. (weh baru perasan tak ada gambar rumah) so masing-masing masuk bilik masing sebelum sesi tukar hadiah sempena hari jadi masing-masing belated and advanced.

(Antara hadiah-hadiah yang ditukar sesama ahli)

Lepas dah siap-siap tukar hadiah bagai, kami pun keluar untuk mencari makan tengah hari. Seperti biasa Usman menjadi pilihan sebab tu je pun restoran halal yang quite famous among pelancong yang cari makanan halal. Untuk aktiviti hari pertama tak banyak pun gambar sebab banyak jalan-jalan dekat mall area siam paragon dan sekitarnya. Belah malam pergi Chatuchak market and that time semua dah lesu tak larat bergambar.

Untuk aktiviti hari kedua, sila ikuti sambungan nya Jumaat depan sebab tak larat nak tulis dah.

P/S: Gambar banyak yang feeling, segan pula nak share.

2 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page