top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

ILLUMINAKING: Just Pray For The Best


Recently I came across this one video where Janna Nick dengan Prof Muhaya bercakap pasal LGBT. The video was short and simple tapi mesej dia sangat-sangat lah mendalam. if you all haven't seen that video yet, you guys can watch it down here and skip to minute 4.25!

Dah tengok? So this is how kita berdepan dengan sesuatu isu itu. Selalu dengarkan pasal 'Kita harus membenci dosa itu dan membimbing pendosa itu'. Betul dan setuju sangat-sangat dengan kata Prof Muhaya dan cara Prof sampaikan mesej tu sangat lembut dan tenang. Macam ni lah baru orang akan rasa senang nak dengar apa yang kita cuba sampaikan. Kebanyakkan ustaz dan ustazah segera sekarang ni nak nampak cool dan beriman terus nak bagi surat terbuka, terus nak kecam in public dengan alasan 'orang yang nak dikecam tu pun dah secara terbuka buat dosa, so dia pun kena lah tegur secara terbuka'. Ada juga yang cakap teguran secara terbuka tu ibarat doa tapi kalau nak berdoa tu biarlah antara kamu dengan tuhan.

Prof pun ada cakap, orang-orang yang buat dosa ni sebenarnya tahu benda yang dia buat tu dosa. So memang nasihat secara verbal tak akan meninggalkan sebarang impak pun. Kena maki? Kena kecam? Lagi lah keras hati orang tu untuk menerima sebarang nasihat. Silap-silap haribulan, tertutup terus hati dia untuk mendalami sesuatu ilmu agama. Sebab dah serik dengan golongan penghukum yang rasa diri diorang tu above others. Just because dia tak buat dosa yang sama, dia rasa dia lebih baik. Padahal perasaan riak tu juga salah satu dosa dan sifat iblis. So macam mana tu?

Saya pun memang setuju dengan Prof yang cakap doa adalah jalan yang terbaik untuk mereka yang berbuat dosa. Mungkin pendosa ni tak mampu pun nak berdoa dekat tuhan. Jadi anda-anda yang memang dah dekat dengan tuhan tu apa salahnya mendoakan golongan pendosa agar hati mereka terbuka untuk menerima hidayah tuhan? Jangan lah asyik doakan untuk diri sendiri je. Tiap-tiap kali lepas solat berdoa untuk tuhan terima ibadah diri sendiri, doakan tuhan luaskan rezeki diri sendiri Sangat pentingkan diri sedangkan agama Islam itu sendiri menggalakkan untuk saling bantu-membantu sesama umat.

Jadi apa yang saya boleh rumuskan dekat sini is that, doakan lah yang baik-baik untuk semua orang. Nampak someone buat someting yang tak patut, doakan hati mereka lembut. Kalau kita rasa apa yang orang tu buat salah, kita berdoa dekat tuhan supaya mereka juga diberikan hidayah untuk memahami agama dengan lebih mendalam. Jangan menghukum sebab kita bukan tuhan. Tuhan adalah yang Maha Adil jadi siapa kita ni nak tolong kirakan dosa pahala orang lain? Malaikat kiri kanan dah ada buat kerja tu. So ingatlah sentiasa doakan yang baik-baik untuk diri kita, keluarga, rakan dan masyarakat. Semua orang buat dosa tak ada yang sempurna. Rendah dirilah sebab sesungguhnya kita ni semua sama sahaja dimata Tuhan.

P/S: Seronok dengar ceramah-ceramah yang tak menghukum. Mostly ceramah semua cerita seksa hukuman tuhan. Cuba lah cerita ganjaran sikit supaya orang rasa lebih tenang dan bersemangat.

14 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page