top of page
Search
Writer's pictureFaiz Faisal

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019


Sebelum baca ucapan hari raya dari saya, apa kata play dulu lagu raya dekat atas ni? Baru lah mood raya sikit nak baca kan? (As if orang tak sibuk nak beraya pula nak baca blog kau kan?). Gasak lah ucapan hari raya dalam Bahasa Malaysia, kepada readers antarabangsa saya, saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.

Ucapan ditujukan buat semualah yang mengenali diri ini. Maafkan lah salah silap saya sepanjang kita berkenalan sehingga ke hari ini. Salam takziah saya kepada ahli keluarga yang tidak dapat beraya bersama insan tersayang yang telah dijemput Ilahi. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat dari Allah S.W.T.

Raya tahun ni saya pun simple-simple je sebab kesibukan kerja yang melanda. Malam raya barulah dapat balik beraya. Syukurlah kan at least dapat balik malam raya. Ada yang pagi raya baru balik. Apa-apa pun saya harapkan semuanya selamat tiba ke destinasi masing-masing. Dah besar-besar ni raya ni tak berapa nak meriah. Yang memeriahkan pun makanan and ziarah-ziarah saudara-mara je. Plus for me, benda lain yang buat saya excited pasal raya is to siapkan my own baju raya.

Tahun ni tahun ketiga saya buat baju raya sendiri and tunggu lah kejap lagi OOTD raya 2019 or #METRaya2019 dari saya. Risau jugak lah sebenarnya sebab baju tahun ni memang buat dalam keadaan kelam-kabut. Bayangkan lah baru Isnin haritu dapat siapkan. Beli kain pun on Saturday haritu. Apa-apapun syukur lah masih diberi peluang untuk sambut bulan kemenangan ini.

Terima kasih juga kepada Tuhan yang Maha Esa sebab bagi peluang untuk menjalani ibadah puasa tahun ni. Alhamdulillah tahun ni puasa berjalan lancar and rasanya my personal best so far! Semoga diberi umur yang panjang untuk saya merasai bulan ramadhan tahun depan dan memperbaiki lagi diri ini. Amin InsyaAllah.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!

P/S: Panas pula kain baju raya tahun ni.

26 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page