top of page

Duit Raya

  • Writer: Faiz Faisal
    Faiz Faisal
  • 2 days ago
  • 2 min read

Ada satu perasaan yang sukar digambarkan setiap kali menjelang Hari Raya. Bukan sekadar excited nak buat baju raya atau memikirkan juadah pagi raya, tetapi ada satu keinginan yang membuak-buak di dalam hati: Keinginan untuk memberi.


Jujurnya, tahun ini I really wanted to give out duit raya to my closest family. I want personally experience that moment when you see the smiles from your mother, anak-anak buat and cucu-cucu when they received that sampul raya. Bukan kerana nilainya, tetapi kerana rasa kepuasan apabila kita dapat menyumbang sesuatu yang bermakna buat mereka yang paling kita sayang.


I know, rezeki setiap orang itu berbeza-beza. Ada tahunnya I'm able to menyelitkan sedikit rezeki untuk dikongsi, but sometimes keadaan tidak mengizinkan for me to be konsisten setiap tahun. Kadang-kadang timbul rasa terkilan, but I always remind myself that duit raya itu adalah sedekah, dan intinya adalah keikhlasan.


Walaupun hanya seringgit yang mampu dihulur, asalkan ia datang dari hati yang tulus, pahalanya tetap mengalir. Namun, tak dapat dinafikan, ada satu kepuasan luar biasa when you see your loved ones gembira dengan pemberian kita. Rasa seperti kita telah melakukan "sesuatu yang besar" buat mereka, walaupun pada mata orang lain, ia mungkin sekadar sekeping wang kertas.


Pemberian itu bukan tentang menunjuk-nunjuk, tetapi tentang penghargaan. Ia adalah simbolik terima kasih atas segala kasih sayang yang mereka curahkan selama ini.


Untuk tahun ini, I only pray for one thing: "Ya Allah, murahkanlah rezekiku agar dapat aku berkongsi kegembiraan ini bersama keluargaku. Izinkanlah aku merasai nikmat memberi yang sangat indah ini sekali lagi."


Kepada anda yang mungkin berada in my position, janganlah bersedih jika poket belum cukup tebal. Ingatlah, kehadiran dan kasih sayang kita juga adalah "duit raya" yang paling berharga buat keluarga. Tapi selagi ada usaha, insya-Allah, rezeki itu akan sampai.


Amin, Ya Rabbal Alamin.

Comments


ILLUMINAKING

-Since 2017-

©2017 by illuminaking. Proudly created with Wix.com

bottom of page